expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

03 October, 2014

RAWATAN JILAT BEBOLA MATA YANG MENAKJUBKAN



Seorang warga emas dari Bosnia mendakwa bahawa dia dapat menyembuhkan pelbagai masalah mata dengan hanya menjilat bebola mata orang tersebut dengan lidahnya.


Menurutnya lidah istimewa yang dikurniakan padanya itu dapat membantu pelbagai masalah sama ada habuk penyakit konjunktivitis.

Hava Cebic yang berusia 77 tahun telah membantu orang ramai dengan keistimewaan luar biasanya selama 4 dekad di sebuah perkampungan kecil Crnjevo, utara Bosnia, selepas dia mula menjilat mata ahli-ahli keluarga yang rapat.

Hava Cebic memberitahu "Saya sentiasa memastikan bahawa saya mencuci lidah saya dalam alkohol sebelum dan selepas menjilat mata,"

Tindakannya yang bertukar menjadi perubatan alternatif bermula apabila dia menjilat bebola mata abangnya hanya sebagai jenaka ketika mereka masih kanak-kanak.

"Abang saya memberitahu bahawa dia mampu untuk melihat dengan lebih baik selepas itu," kata Hava sambil tersenyum.

No comments:

Post a Comment