expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

26 December, 2014

WANITA YANG KETAGIHAN SOS TOMATO


Mungkin kita biasa mendengar tentang ketagihan najis dadah, namun pernahkah anda mendengar tentang individu yang mengalami ketagihan terhadap sos tomato?


Samantha Archer merupakan seorang wanita yang mengalami ketagihan terhadap sos tomato di mana dia akan menghirup sos tomato menggunakan sudu sebagai hidangan snek yang menjadikan pengambilannya kira-kira 36 liter setahun.

Samantha Archer mula obses terhadap sos tomato sejak berusia 5 tahun apabila ibunya memberinya sos tomato untuk dirasa dan dia mula ketagih sejak itu. Dia akan menghabiskan 2 botol sos seminggu iaitu lebih kurang 700g sos.

Wanita berusia 30 tahun dari Harrow, London ini akan menambil masa 5 minit setiap kali makan untuk menyalutkan makanannya dengan sos, tidak kira apa jua jenis hidangan sama ada roti dan keju, telur mahupun kari.

Apa jua hidangan termasuklah hidangan istimewa untuk hari Krismas tidak terkecuali untuk dituang dengan sos tomato yang banyak di dalam pinggannya.

Samantha berkata, "Keluarga saya telah mengetahui tabiat saya dan mereka sentiasa mempunyai sebotol sos tomato untuk saya kerana tidak mahu sebarang masalah dengan saya,"

"Saya pastinya akan menuang sos tomato pada setiap makanan termasuklah untuk makan malam Krismas yang menjadikannya tidak berbeza dari hidangan biasa saya"

"Saya masih boleh merasai keenakan hidangan itu, cuma sos tomato menjadikan rasa setiap hidangan lebih baik," tambah Samantha lagi.

Hidangan harian Samantha:
Sarapan pagi: Telur hancur dengan tomato sos tomato / Crumpets dengan keju cair dan sos tomato

Makan Tengahhari: Pasta salad dengan sos tomato, ubi keledek bakar dengan sos tomato dan
sandwic sos tomato

Makan malam: Makanan Cina yang dibeli dengan curahan sos tomato / masakan rumah - stew/ nasi dan ayam / kari - semua berperisa dan dicurah dengan sos tomato

Snek: Sekeping ham dengan curahan dengan sos tomato dan sos tomato yang dihirup dari sudu.

APA JUA HIDANGAN SAMANTHA PASTI DINIKMATI DENGAN CURAHAN SOS TOMATO
SAMANTHA ARCHER MULA KETAGIH SOS TOMATO SEJAK BERUSIA 5 TAHUN

SAMANTHA SENTIASA MEMPUNYAI STOK SOS TOMATO YANG BANYAKDI RUMAHNYA

No comments:

Post a Comment