expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

28 December, 2014

WANITA YANG TERSELIUH 10 KALI SEHARI


Terseliuh merupakan pengalaman yang memang menyakitkan namun percaya atau tidak rupanya ada manusia yang akan terseliuh sehingga 10 kali sehari.

Jojo Meadows, 38, mengalami satu sindrom yang jarang ditemui yang dikenali sebagai Sindrom Ehlers-Danlos (EDS)



Keadaan ini menyebabkan tulangnya untuk beralih serta berubah kedudukan sebanyak 10 kali sehari. Malah dalam melakukan aktiviti mudah seperti memandu, membuka pintu mahupun menguap juga akan membawa risiko terkehel yang amat menyakitkan bagi diri wanita ini.

Keadaan yang dialami ibu kepada 5 anak itu mengakibatkan dia pernah terseliuh hampir setiap bahagian tulang dalam tubuhnya.

“Pengalaman yang paling teruk ialah bila tulang rahang saya terkehel ketika saya smenguap. Anak saya terpaksa menelefon 999 dan memberitahu mereka mulut saya terjatuh," jelas wanita itu.

“Dalam kejadian lain pula, pergelangan tangan saya patah ketika melakukan senaman bersama-sama dengan anak saya," tambah wanita itu.

Walaupun sindrom yang dialaminya itu amat menyakitkan, namun ia tidak pernah menghalang Jojo dari melakukan aktiviti harian seperti biasa. Jojo yang akan memasuki hospital lebih kurang 100 kali setahun kini telah lali dengan apa yang dilaluinya,

"Tulang saya akan sentiasa terkehel setiap masa sehingga kadang-kadang saya tidak lagi perasan ia berlaku," kata wanita itu lagi.
JOJO MEADOWS PERNAH TERKEHEL HAMPIR SETIAP BAHAGIAN TULANG PADA BADANNYA
JOJO KINI BERAZAM UNTUK MEMBANTU PENGHIDAP SINDROM EDS YANG SENASIB DENGANNYA

No comments:

Post a Comment