expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

05 January, 2015

ADAKAH ANDA AKAN MEMBELI KATIL BAYI SEPERTI INI?


Setiap ibu bapa pastinya mahukan hiasan yang cantik untuk segalanya bagi bayi mereka. Bayi baru lahir tentu saha mendapat segala keistimewaan menggunaan pelbagai barangan baru dan cantik. Namun, mahukah anda mereka bentuk katil dengan gambaran menakutkan untuk bayi anda tidur?

Seorang bayi berusia 2 bulan, Michael Joseph Melaccio telah diberikan satu katil bayi yang menakut dan mengerikan apabila bapa saudaranya Yusuf Reginella memutuskan untuk mencipta katil berbentuk ikan jerung untuknya kerana minat bapa saudaranya itu terhadap haiwan berkenaan.

'Saya telah menunggu berbulan-bulan lamanya untuk meletakkan bayi ini di sini! " demikian tulisannya di Facebook.

Bapa Michael, Mark Melaccio juga turut bersama-sama dalam pembuatan tempat tidur bayi yang menakutkan dan mengerikan ini. Lihat sahaja bagaimana rupa kepala jerung yang telah bersedia membaham bayi yang sedang tidur.

Namun begitu, selepas melihat gambar-gambar Mikey, jelas sekali bayi ini amat menyukai katil barunya itu. Dia kelihatan tersenyum walaupun ikan jerung tersebut kelihatan sudah bersedia untuk menelannya.

MICHAEL KELIHATAN TIDUR NYENYAK DALAM COT BAYI YANG MENAKUTKAN INI

No comments:

Post a Comment