expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

05 January, 2015

SANGGUPKAH ANDA MEMBIARKAN BAYI ANDA BERMAIN DENGAN HAIWAN PELIHARAAN INI?




Sanggupkah anda membiarkan bayi anda bermain dengan sesuatu yang berisiko dan boleh mendatangkan bahaya? Bagaimana dengan bermain seekor ular sawa? Pasti ramai yang tak sanggup.

Namun, seorang lelaki mambiarkan bayinya bermain dengan seekor ular sawa Burma sepanjang 13 kaki hanya kerana dia mahu membuktikan bahawa ular sawa ini selamat untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Sebuah video telah dimuat naik di YouTube yang menunjukkan seorang bayi berusia 14 bulan, Alyssa Guarino bergolek-golek ketika bermain dengan haiwan kesayangan peliharaan keluarganya yang bernama Nay Nay di rumah mereka di Michigan.

Video tersebut bagaimanapun telah dikritik oleh banyak pihak yang tidak bersetuju dengan perbuatan berisiko itu.

Rata-rata pengguna YouTube merasakan perbuatan itu tidak selamat kerana kebarangkalian yang tidak boleh diramal sekiranya bayi ditinggalkan sendirian bersama haiwan yang berbahaya seperti ular dan anjing.

Namun, bagi bapa bayi ini, Jamie Guarino, 34, dia tidak merasakan ianya adalah satu masalah besar dan dia gembira untuk menunjukkan pada orang lain bahawa ular yang boleh mengancam nyawa kini boleh dipelihara dengan selamat di rumah.

No comments:

Post a Comment