expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

01 February, 2015

SAKSIKAN PEMENANG TEMPAT KE-2 RATU CANTIK MEROYAN DAN RAMPAS MAHKOTA DARI PEMENANG!



Apakah kemuncak pada perasaan tidak puas hati yang keterlaluan? Apa yang sanggup dilakukan oleh seseorang itu? Mungkin emosi yang di luar kawal memungkinkan seseorang itu mengambil tindakan yang tidak terduga oleh kebanyakan kita.

Inilah yang berlaku dalam satu pertandingan ratu cantik di Brazil. Pertandingan itu berakhir dalam keadaan huru-hara apabila naib juara tiba-tiba sahaja naik angin dan meroyan lantas terus sahaja merampas mahkota pemenang dan melemparkannya selepas keputusan diumumkan.

Dalam kejadian tersebut, Sheislane Hayalla tiba-tiba sahaja naik angin apabila namanya tidak diumumkan sebagai pemenang sekaligus meletakkanya di tempat ke-2 pertandingan Miss Amazon 2015. 

Mungkin akibat kemarahan yang meluap-luap dan rasa tidak puas hati yang membara, dia terus membuat serangan di atas pentas dengan merampas mahkota pemenang dari Carolina Toledo dan melemparkannya di hadapan ribuan penonton yang tergamam dengan kejadian itu.

Keputusan yang diumumkan bertukar menjadi huru hara dengan aksi mengejutkan itu yang disaksikan 11 lagi peserta lain dan ribuan penonton yang hadir. 

Setelah menarik mahkota dari kepala Carolina dan melemparkannya, Sheislane terus menuding jari dan menghina musuhnya itu sebelum berlalu di belakang pentas.

Sheislane, 23, yang telah memenangi pertandingan ratu cantik pada 2013 dan tahun lepas tidak berpuas hati dan mendakwa bahawa pemenang pertandingan tersebut telah 'membeli' para juri.

"Wang amat berkuasa di Manaus dan saya mahu menunjukkan orang Amazon bahawa wang bukanlah segalanya di sini. Dia tidak layak untuk menang!" kata Sheislane yang mengulas tindakannya itu.

Nyata tindakan Sheislane itu menambahkan lagi episod kontroversi dalam pertandingan-pertandingan ratu cantik yang dianjurkan di Brazil, di mana dalam pertandingan-pertandingan sebelum ini, para peserta dikatakan telah merasuah para juri untuk meraih kemenangan.

SHEISLANE (KANAN) TIDAK BERPUAS HATI DAN MENDAKWA CAROLINA TELAH MEMBELI JURI









No comments:

Post a Comment