expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

01 February, 2015

TANDAS MELETUP GARA-GARA SEEKOR LIPAS


Lipas sememangnya makhluk perosak yang amat dibenci oleh semua orang. Malah ramai yang amat geli dengan makhluk perosak ini. 

Pasti membunuh lipas adalah jalan penyelesaian terbaik untuk menangkis serangan makhluk ini yang selalu merosakkan dan menggangu kediaman.

Namun, membunuh lipas bukanlah semudah disangka kerana sifat semula jadinya yang merayap dan mampu terbang. 

Dalam satu kejadian, cubaan membunuh makhluk ini melangkaui tahap ekstrem sehingga memusnahkkan separuh bahagian daripada sebuah tandas akibat satu letupan. 

Kejadian berlaku apabila seorang pekerja wanita di sebuah syarikat pembersihan di Taiwan telah diminta untuk mencuci sebuah pejabat dan di situ dia telah ternampak seekor lipas yang menyebabkannya terus sahaja tidak teragak-agak untuk bertindak.

Untuk membunuh lipas tersebut, mula-mula, dia terus sahaja mengetuk lipas itu dengan kasutnya. Seterusnya, dia membalut lipas itu dalam kertas tisu dan memenyekkannya sebelum dibakar. 

Hanya untuk memastikan ia lenyap untuk selamanya, dia kemudiannya melemparkan lipas dalam tisu terbakar itu ke dalam mangkuk tandas hungga terlupa bahawa dia baru sahaja membersihkan tandas tersebut.

Akibat daripada tindakan itu,  lipas terbakar yang masih menyala bertindak balas dengan bahan pencuci di dalam mangkuk tandas untuk menjadikannya suatu bahan letupan buatan sendiri yang amat kuat.

Bahan tersebut terus sahaja meletup kuat  hingga memusnahkan mangkuk tandas yang kemudinannya dikerumuni staf pejabat yang terkejut mendengar letupan kuat dari tandas.

Lipas oh lipas, besar rupanya pengaruhmu dalam hidup manusia!

LETUPAN KUAT YANG MEMUSNAHKAN HAMPIR KESELURUHAN TANDAS INI



No comments:

Post a Comment