expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

03 February, 2015

WANTA YANG MENGAHWINI DIRINYA SENDIRI


Selepas berpacaran selama beberapa tahun namun masih gagal bertemu lelaki idamannya, seorang wanita berusia 40 tahun dari Houston, Texas, memutuskan untuk berkahwin dengan dirinya sendiri di dalam satu majlis yang dihadiri oleh rakan-rakan terdekat dan keluarganya.

Majlis perkahwinan Yasmin Eleby kelihatan sama dengan kebanyakan perkahwinan mengikut adat tradisional yang lain.

Yang membezakannya hanyalah pengantin perempuan yang memakai gaun ungu hadir bersendirian tanpa kehadiran pengantin lelaki, malah dia telah diarak melalui altar oleh ibu bukannya ayah seperti kelaziman perkahwinan yang lain.

Sejak majlis perkahwinan dengan diri sendiri tidak diiktiraf secara sah di Amerika Syarikat, majlis tersebut dianggap sebagai satu majlis yang bersifat rohani di manaYasmin telah melafaz ikrar pengampunan, kemuliaan dan kasih sayang terhadap dirinya sendiri!

"Saya kagum dengan curahan kasih sayang dan sokongan yang telah ditunjukkan kepada saya semasa majlis meraikan cinta dan kehidupan," demikian kenyataan Yasmin yang telah menulis di Facebook selepas majlis tersebut.

Pada bulan Mei 2013, Yasmin menerusi akaun Facebook, Yasmin telah mengumumkan keputusannya untuk berkahwin dengan dirinya sendiri.

"Adakah anda fikir saya akan berkahwin tanpa memaklumkan sesiapa? Saya mahu semua orang menari di majlis perkahwinan saya, jadi saya tidak akan melakukannya tanpa anda! Oleh itu, bersedialah pada 2015 !!!!!!" demikian tulisnya.

Disebabkan minatnya melancong, Yasmin kini merancang untuk bulan madu yang panjang dengan dirinya sendiri pada akhir tahun ini, ke Kemboja, Laos dan Dubai.

"Jangan takut untuk mengambil risiko. Saya belajar bahawa keluarga dan rakan-rakan sentiasa bersedia untuk mengalu-alukan anda ke rumah jika anda membuat keputusan untuk kembali," katanya.

"Terima kasih sekali lagi kepada semua yang telah meluangkan masa untuk membantu saya meraikan usia yang telah beralih 40 tahun!" ujarnya lagi.

Ini bukan kali pertama kes wanita berkahwin dengan diri mereka sendiri. Konsep ini sebenarnya agak popular di Jepun, di mana banyak syarikat menyediakan perkhidmatan bagi perkahwinan solo bagi wanita yang selalu mengimpikan untuk berkahwin, tetapi belum lagi menemui lelaki yang sesuai.

YASMIN ELEBY SERINGKALI GAGAL DALAM BERCINTA SETELAH BERKALI-KALI BERPACARAN
YASMIN BERSAMA IBU BAPANYA YANG BANYAK MENYOKONG
YASMIN BERSAMA TETAMU YANG HADIR SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN 'SOLO'NYA


No comments:

Post a Comment