expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

18 April, 2015

WARGA FILIPINA DIROGOL ANAK MAJIKAN (BERSAMA VIDEO)


NETIZENS di Filipina telah dikejutkan dengan sebuah video yang dimuat naik oleh seorang warganya yang bekerja sebagai pembantu rumah di Bahrain.

Dalam video itu memaparkan seorang wanita bernama Abby Luna yang mendakwa dia telah dirogol oleh anak majikannya yang merupakan seorang penagih dadah, Khamis lalu.


Menurut Abby Luna, dia bukan saja mengalami penderaan seksual sebaliknya fizikal apabila mendakwa dia mengalami sakit akibat ditumbuk dan lebam payudara tetapi apabila kejadian itu diadukan kepada majikannya, dia pula yang disalahkan.

Majikannya yang merupakan warga Bahrain itu telah memberi kata dua kepada Abby iaitu menunggu hingga dua bulan jika mahu pulang semula ke negara asalnya selain membayar sendiri tiket penerbangan balik.

Selain diberi kata dua oleh majikannya, dia dijanjikan untuk dibawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya dia mengandung dan jika itu berlaku kandungannya akan digugurkan sebelum dia dihantar pulang.

No comments:

Post a Comment