expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

02 March, 2015

GAUN VIRAL: PENJELASAN SAINS TENTANG WARNA GAUN INI


Dengan tiba-tiba sahaja, gaun di atas ni menjadi sangat popular kerana menjadi begitu viral di medial-media sosial. Bukan disebabkan cantiknya gaun ni, tapi kerana perdebatan tentang warna sebenar gaun ini. 

Ada yang sampai bergaduh dan berperang mulut dek kerana masing-masing nak menegakkan warna yang dilihat mata sendiri. Ada yang mengatakan warna sebenarnya adalah putih dan emas ada pula yang nampak hitam dan biru. 

Warna sebenar gaun ini telah pun terungkai, namun yang menjadi persoalan adalah misteri warnanya yang berbeza mengikut pandangan orang berbeza. Bagaimana ini terjadi? Mari kita cuba dapatkan penjelasan secara saintifik bagaimana ia terjadi.

Pada asasnya,gambar gaun ini adalah satu ilusi optik. Otak manusia memastikan sesuatu warna dengan mengambil semua cahaya dari objek itu dan 'membuang' cahaya daripada objek di sekeliling.

Dalam foto ini, pelbagai warna telah bercampur sehingga otak kita tidak boleh menentukan warna sebenar gaun tersebut

Jay Neitz, yang merupakan seorang neurosaintis di Universiti Washington berkata: 'Saya telah mengkaji perbezaan individu dalam penglihatan warna selama 30 tahun, dan ini adalah salah satu perbezaan individu terbesar yang pernah saya lihat.'

Jay telah menjalankan satu kajian tentang bagaimana otak manusia memproses cahaya yang memasuki dan keluar dari mata. Kon di dalam otak berhubung dengan korteks mata melalui saraf optik.  bagaimana manusia memproses cahaya bergantung pada bahagian otak yang digunakan.

Bagi seorang yang lebih banyak menggunakan otak kiri, kebarangkalian anda untuk melihat warna putih dan emas pada gaun tersebut adalah sangat tinggi.  Ini kerana otak kiri memproses warna-warna yang lebih cerah seperti putih dan keemasan. 

Oleh kerana anda menggunakan otak kiri, lebih banyak neuron daripada saraf optik yang dihubungkan ke hemisfera otak kiri anda.

Sebaliknya, sekiranya anda merupakan individu yang lebih menggunakan otak kanan, anda akan melihat warna biru dan hitam pada gaun ini.  Ini disebabkan hemisfera otak kanan memproses warna-warna yang lebih gelap seperti biru dan hitam. 

Manusia dengan dominasi otak kanan mempunyai lebih banyak neuron daripada saraf optik yang dihubungkan ke hemisfera otak kanan.

Menurut Jay lagi, individu yang lebih cenderung menggunakan otak kiri lebih menyukai logik dan biasanya sangat cemerlang dalam matematik dan bahasa. 

Mereka yang lebih banyak menggunakan otak kanan pula biasanya lebih kreatif dan imaginatif serta sangat menggemari seni. Jay sendiri melihat putih dan emas.

PENJELASAN SAINTIFIK YANG MENJELASKAN PERBEZAAN WARNA YANG DILIHAT
 INDIVIDU YANG MENGGUNAKAN OTAK KIRI ATAU KANAN AKAN MELIHAT WARNA BERBEZA
BIRU & HITAM...INILAH WARNA SEBENAR GAUN YANG MENJADI VIRAL INI.



No comments:

Post a Comment