expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

MOTO


Translate

22 February, 2015

PENEMUAN MUMIA SAMI 200 TAHUN YANG DIKATAKAN SEDANG BERMEDITASI


Satu mumia sami misteri yang ditemui hampir sempurna dalam kedudukan 'teratai' bulan lalu menyebabkan kontroversi selepas pakar terkenal Buddha mendakwa dia sebenarnya bukanlah mati, tetapi dalam berada dalam fasa meditasi yang mendalam.

Menariknya, mumia sami itu mendapat perhatian pihak berkuasa selepas seorang lelaki cuba untuk menjualnya melalui pasaran gelap di wilayah Songinokhairkhan di Mongolia. 

Polis Mongolia telah menahan lelaki itu, dan mumia  berkenaan kini dalam jagaan Pusat Kepakaran Forensik Negara di Ulaanbaatar. Mereka percaya bahawa lelaki itu mungkin telah mencuri mumia tersebut dari sebuah gua di rantau Kobdsk dan kemudian menyembunyikan mumia itu di rumahnya. 

Para saintis kini menjalankan pemeriksaan forensik ke atas mumia yang berusia 200 tahun yang ditemui dibalut dengan kulit lembu. 

Mereka cuba untuk mengkaji bagaimana badan mumia itu boleh terawet dalam keadaan yang sangat baik, walaupun mereka merasakan bahawa cuaca sejuk di negara itu mungkin boleh memainkan peranan.

Dr Barry Kerzin, yang merupakan seorang doktor kepada ketua Budha, Dalai Lama, memberitahu bahawa sami itu sebenarnya tidak mati, tetapi berada dalam keadaan meditasi yang jarang berlaku yang dikenali sebagai 'tukdam'. 

Beliau menjelaskan bahawa jika seseorang berjaya mencapai peringkat ini dan bertahan selama lebih daripada 3 minggu, badan akan mula mengecut secara perlahan-lahan. Akhirnya, apa yang tinggal daripada seseorang itu adalah rambut, kuku dan pakaian. 

"Biasanya dalam kes ini, mereka yang berada di samping sami tersebut akan melihat pelangi yang bercahaya di langit selama beberapa hari. Ini bermakna bahawa dia telah menemui satu badan pelangi yang merupakan tahap tertinggi yang paling hampir dengan Buddha," kata Barry.

"Jika si pelaku meditasi boleh terus bertahan dalam keadaan meditasi ini, dia boleh menjadi Buddha. Mencapai tahap kerohanian yang tinggi, si pelaku meditasi juga akan membantu orang lain dan semua orang di sekelilingnya akan merasai kegembiraan, "katanya lagi.

Identiti sami itu belum lagi dikenal pasti, tetapi terdapat spekulasi bahawa ia merupakan guru Lama Dashi-Dorzho Itigilov, yang juga telah ditemui sebagai mumia. 

Itigilov yang berasal dari Republik Buryatia di Soviet Union kemudiannya memberitahu kepada murid-muridnya pada tahun 1927 bahawa dia akan mati dan mereka harus menggali kuburnya dalam tempoh 30 tahun.

Apabila telah digali seperti arahannya, badan Itigilov ditemui dalam keadaan baik dan terpelihara dengan sempurna. Kerana bimbang akan gangguan pihak berkuasa Soviet, pengikutnya telah menguburkannya sekali lagi. 

Mayatnya kekal di situ sehingga tahun 2002, apabila kuburnya telah digali semula dan mayatnya didapati masih juga terpelihara dengan baik. Mayatnya kemudian diletakkan di dalam kuil Buddha untuk disembah oleh pengikut-pengikutnya.

Dalam tempoh 50 tahun yang lalu, dipercayai terdapat sekurang-kurangnya 40 kes seperti ini di India, yang melibatkan sami Tibet. Malah, Dr. Kerzin berkata bahawa dia telah diberikan keistimewaan menjaga beberapa sami yang bermeditasi dalam keadaan 'tukdam'

TERPELIHARA...MUMIA INI KELIHATAN CUKUP SEMPURNA WALAUPUN TELAH BERUSIA 200 TAHUN
SAMI INI DIKATAKAN BERADA DALAM SATU FASA MEDITASI  YANG DIPANGGIL 'TUKDAM'

2 comments:

  1. Anonymous3/01/2015

    This is my first time pay a quick visit at here and i am in fact happy to read all at single place.


    Here is my web blog online jewellery shopping india

    ReplyDelete
  2. Anonymous3/01/2015

    These help the celebrities come up with new ideas that would enable
    them to improve their career and become a better celebrity than what they already are.


    Stop by my homepage: celebrity prank phone calls soundboard

    ReplyDelete