expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

21 February, 2015

SAKSIKAN WANITA HAMIL 9 BULAN MELAKUKAN AKSI TELAN PEDANG




Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mencipta nama walau betapa gila atau bahaya pun sesuatu yang dilakukan itu. 

Inilah yang dilakukan oleh seorang pelaku aksi telan pedang yang boleh menelan pedang sepanjang 14 inci dan yang paling mengerikan adalah dia kini melakukannya walaupun sedang mengandung 9 bulan. 

Veronica Hernandez, dari Dallas yang juga dikenali dengan panggilan Jai Le Bait, dilihat melakukan aksi menelan pedang secara perlahan-lahan ke dalam kerongkong yang terus memasuki badannya.

Selain daripada hakikat bahawa dia merupakan seorang wanita yang jarang melakukan aksi seperti itu, lagak ngeri tersebut juga lebih mengerikan serta mengejutkan orang ramai kerana dia kini sedang sarat mengandung dan hanya menunggu beberapa minggu lagi untuk bersalin.

Dalam satu temubual, Veronica mengakui bahawa dia sukakan risiko yang dihadapinya dalam aksi itu, sambil memberitahu bahawa, "Ia adalah seperti menghadapi bahaya. Saya suka adrenalin ini,"

Selain itu, Veronica juga mendedahkan bahawa tiada sebarang helah yang dilakukannya dan apa yang disaksikan orang ramai itu adalah benar-benar aksi yang tulen.

Veronica turut memberitahu bahawa walaupun berisiko, aksi itu tidak akan memberi kesan kepada bayinya.

"Walaupun ia adalah satu pencapaian yang berbahaya, saya tidak menggunakan mata pedang yang akan membahayakan bayi saya," jelasnya.

Satu laman web, swordswallow.com mendedahkan bahawa aksi telan pedang merupakan salah satu seni persembahan paling berbahaya yang masih yang dilakukan hingga hari ini. 

Ia juga menyatakan bahawa bilangan pelaku profesional aksi ini yang masih aktif di seluruh dunia kini adalah sangat sedikit.

Persatuan Sword Swallowers Association International melaporkan antara 4 hingga 7 pelaku aksi ini yang mengalami kecederaan serius setiap tahun  selain daripada berpuluh-puluh kecederaan lain yang tidak dilaporkan.

No comments:

Post a Comment