expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

21 February, 2015

LELAKI BUANG HIDUNG UNTUK KELIHATAN SEPERTI PENJAHAT KOMIK RED SKULL


Seorang peminat fanatik komik yang berusia 37 tahun telah menjalani pembedahan yang drastik dalam usaha untuk kelihatan seperti penjahat dalam komik Captain America, Red Skull.

Henry Damon, dari Caracas, Venezuela sebelum ini telah menjalani pembedahan memasukkan implan di bawah kulit pada muka dan lengannya sebagai sebahagian daripada transformasi beliau. Henry yang merupakan seorang suami dan bapa kini menggelarkan dirinya sebagai Red Skull.

Emilio Gonzalez, pakar bedah yang melakukan pengubahsuaian tubuh Henry itu dahulunya telah berhenti daripada sekolah perubatan supaya dia boleh menumpukan perhatian pada tatu dan pembedahan badan yang ekstrem.

"Pertama sekali, saya perlu memastikan bahawa seseorang itu 100 peratus sihat, tanpa masalah pernafasan. Saya meminta tomografi hidung dan sinus untuk memastikan bahawa ianya ok untuk pembedahan" kata Emilio.

Di samping itu, sampel air hidung juga dibawa memastikan bahawa ia tidak mempunyai jangkitan. Henry, atau kini dikenali Red Skull, adalah orang yang secara fizikal dan intelektual nya yang sihat.

LELAKI BERUSIA 37 TAHUN INI MENJALANI PEMBEDAHAN TRANSFORMASI YANG EKSTREM
TRANSFORMASI WAJAH HENRY UNTUK MENJADI RED SKULL MASIH BELUM SELESAI
RED SKULL, WATAK KOMIK JAHAT YANG MENJADI IDOLA HENRY
WAJAH ASAL HENRY DAMON SEBELUM TRANSFORMASI RED SKULL PILIHANNYA

No comments:

Post a Comment