expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

18 June, 2014

10 RESTORAN PALING UNIK DI DUNIA


Makanan yang enak dan lazat sudah pasti menjadi tarikan utama bagi pengunjung sesebuah restoran. Pelanggan pasti akan kembali ke restoran yang sama sekiranya mereka berpuas hati dengan hidangan yang disajikan di restoran itu.

Namun, disebabkan bertambahnya restoran-restoran yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, pemilik restoran kini terpaksa mencari alternatif lain selain daripada sajian yang enak bagi menarik lebih ramai pelanggan ke restorannya. 

Salah satu faktor penting yang mampu menjadi daya penarik bagi pelanggan adalah lokasi dan reka bentuk restoran. Restoran McDonald di New Zealand ini sebagai contoh dibina dengan mengubahsuai pesawat lama menjadi sebuah ruang makan restoran yang unik dan pastinya menarik minat ramai pelanggan untuk menjamu selera. 

Apabila menjelajah ke seluruh dunia, sebenarnya terdapat banyak lagi restoran-restoran yang diilhamkan dengan kelainan hingga menjadikan ianya sangat unik. 

Mari kita tinjau 10 restoran paling unik di dunia.


1) Restoran Underwater Ithaa, Maldives
Restoran ini dibina dengan dinding kaca yang dikelilingi air bagi membolehkan pelanggan untuk menonton hidupan laut sebenar ketika mereka sedang menjamu selera. 

Pelanggan perlu membuat tempahan kerana restoran ini hanya boleh menempatkan 14 orang pada satu-satu masa.

Mereka yang ingin mencuba harus segera berbuat demikian kerana jangka hayatnya hanya untuk 20 tahun dan kini restoran ini telah berda di pertengahannya.

Jangan bimbang tentang keselamatan anda sama ada kerana semasa tsunami melanda pada tahun 2004 restoran yang menakjubkan ini tidak langsung terkena kesannya.

Pada tahun 2010, pelanggan telah dibenarkan untuk menempah ruang restoran ini sebagai suite bilik tidur.


 2. Restoran Gunung Berapi El Diablo, Lanzarote
Restoran ini telah diilhamkan dengan memanfaatkan tenaga gunung berapi digunakan untuk memasak makanan tradisional dari pulau Canary.

Satu konsep yang amat mudah digunakan, gril logam lebih berlubang ke arah haba gunung berapi digunakan untuk memasak makanan. 

Pelanggan boleh menikmati makanan mereka sambil melihat ke atas landskap sekitar gunung berapi.
3. Hote Malmaison – Oxford, England
Anda tidak perlu ke luar negara untuk pengalaman makanan yang unik. Walaupun ia asalnya sebuah penjara yang diubahsuai, namun anda bukanlah dihidangkan dengan makanan untuk banduan. Sebaliknya restoran ini menawarkan anda peluang untuk makan secara mewah dan eksklusif.

Penjara pada abad ke-19 ini telah digunakan sebagai latar bagi drama jenayah Oxford berjudul  Lewis dan telah memenangi anugerah seni bina untuk pengubahsuaian yang mengagumkan.



  4. Dinner In The Sky, London
Sekiranya anda takut pada ketinggian, maka restoran ini pastinya bukan plihan tempat makan untuk anda. 

Dinner In The Sky adalah pilihan yang paling menggayatkan dengan ketinggian luar biasa di tempat terbuka. ia seolah-olah menaiki permainan di fun fair.

Pilihan makan malam ini disediakan di 60 lokasi berbeza di seluruh dunia dari London ke Rio de Janeiro. 

 5. Restoran The Library  – Norwich, England
Jika anda pernah dilarang daripada bercakap, makan mahupun melepak di perpustakaan, pastinya keadaan itu berbeza di perpustakaan ini.

Restoran yang asalnya merupakan sebuah perpustakaan ini kini menjadi sebuah restoran yang menarik dan mesra pelanggan. Ia menghidangkan makanan tempatan dengan cara yang baru dan menarik.


 6. RestoranThe White – Batumi, Georgia
Idea restoran Georgia yang benar-benar di pantai Laut Kaspia ini sedikit gila. Ia didirikan dengan replika White House, namun dalam keadaan terbalik.

Makan dalam di dalam White House terbalik ini pastinya pengalaman yang sukar kerana segalanya kelihatanyang di luar realiti. Tandas seolah-olah berada di atas anda dari siling.

Masakan Georgia tradisional di sini juga bertujuan untuk menambah prestij dan gaya makan di White House.


 7. Tonneau Bistro – Okinawa, Jepun
Bagi penggemar minuman beralkohol, tempat ini sudah pasti paling sesuai kerana ia mengutamakan hidangan minuman Hooch dan makanan merupakan soal kedua.

Dengan reka bentuk sebuah tangki minnuman besar, ia adalah ilham dari tempat minum yang popular di Jepun, Izakaya.

Ia menyimpan stok saki yang banyak dengan semangat padi Okinawa yang dipanggil Awamori pasti menjadikan penggemar minuman kembung perut.


 8. Mount Hua Tea House – Shaanxi, China
Restoran ini terletak di kuil Daoist purba di suatu puncak selatan Gunung Hua. Kelihatan seperti lokasi yang sesuai untuk penggambaran filem Kung Fu,namun ia adalah tempat sebuah restoran.

Pengalaman minum hanya secawan teh di lokasi ini sudah cukup untuk memberi pengalaman yang tidak mungkin dilupakan dengan keadaan sekeliling yang sungguh semula jadi.


 9. Big Red Bus Pizzeria – Deptford, England
Bas merah klasik ini telah diubahsuai menjadi restoran pizza yang benar-benar luar biasa di kawasan Deptford di Selatan London.

Bas dua tingkat ini telah diubahsuai oleh John Cierach bagi membolehkan orang ramai untuk makan di dalam bas.
Ruang yang unik ini akan menghiburkan pelanggan dengan muzik akustik, tayangan filem dan pelbagai lagi acara yang menghiburkan pengunjung.


 10. Restoran Muru Pop Down – Tytyri mine, Finland
Lombong Finland telah diubahsuai menjadi menjadi sebuah restoran yang lengkap dengan semua hidangan dari hidangan pembukaan hinggalah ke pencuci mulut.

Pelanggan bukan sahaja akan dapat menikmati keindahan cahaya lampu yang memantul dari batu batu kapur tetapi juga dapat menjamu selera dengan hidangan seperti siputi istimewa. 

Semua ini pasti dapat dinikmati pada kedalaman 80 meter di bawah tanah.

No comments:

Post a Comment