expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

18 June, 2014

GAMBAR HANTU BERJAYA DIRAKAM DI PENJARA



Satu pasangan British berjaya merakamkan gambar hantu dalam sebuah sel yang didakwa banduan sering menghantui penjara di Alcatraz, Amerika. Namun mengapa hantu itu menunjukkan dirinya di dalam gambar berkenaan masih menjadi tanda tanya.

Sheila Sillery Walsh berjaya menangkap gambar wanita misteri yang tidak dikenali itu semasa lawatan beliau bersama pasangannya, Paul Rice. Alcatraz yang terletak di sebuah pulau di luar San Francisco dikatakan menjadi salah satu tempat yang paling berhantu di negara ini.

Sheila yang berusia 48 tahun itu berkata, "Ketika saya melihat gambar ini melalui telefon bimbit saya, saya nampak imej wanita yang kelihatan gelap dalam gambar tersebut, namun apabila saya menjenguk semula di tingkap, tiada sesiapa pun di dalam bilik itu,"

Beliau kemudiannya menghubungi kakitangan penjara tetapi tiada seorang pun daripada mereka yang kenal dengan wanita dalam gambar yang diambil dengan iPhone itu.

"Saya terlalu ingin tahu siapakah dia, mungkin dia adalah seorang pelawat ke penjara itu dan selalu datang ke situ. Saya juga ingin tahu mengapa dia menunjukkan dirinya dalam gambar saya," tambah beliau.

Paul Rice yakin imej dalam gambar yang diambil pada 20 April lalu adalah hantu dan bukanlah refleksi pada gambar Sheila itu.

Lelaki yang berusia 50 tahun dari Birmingham itu berkata, "Rambut dan pakaian wanita itu adalah dari era yang berbeza, ia kelihatan seperti dari tahun 1930-an atau 40-an. 'Saya tidak mempunyai penjelasan logik berkenaan wanita dalam gambar itu. Saya buntu. Dia kelihatan merenung tepat pada kamera seolah-olah mengetahui sesuatu,"


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment