expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

18 June, 2014

WANITA 80 TAHUN PUKUL 1000 LALAT SETIAP HARI




Seorang wanita China mendedikasikan hidupnya dengan rutin harian yang pelik. Setelah bersara kira-kira 14 tahun yang lalu, Ruan Tang yang kini berusia 80 tahun mahu menghabiskan masa untuk melakukan sesuatu yang berguna untuk komunitinya.

Apabila dia menyedari terlalu banyak lalat mengganggu keselesaan orang ramai pada musim panas, dia memutuskan untuk melakukan sesuatu mengenainya.

Tang kini merupakan wanita dengan satu misi iaitu untuk memukul seberapa banyak mungkin lalat yang menjengkilkan. Setiap hari dia mampu memukul sekurang-kurangnya 1000 ekor lalat.

"Saya mengambil keputusan bahawa membunuh lalat adalah cara terbaik bagi saya untuk menjadi berguna kepada masyarakat dan kini saya telah melakukannya setiap hari" katanya.

Tang, yang tinggal dalam Komuniti Changmingsixiang di timur China Hangzhou City, telah menjadikan hobinya itu sebagai rutin sepenuh masa.

Sejak 14 tahun yang lalu, dia telah menghabiskan lapan jam sehari, tujuh hari seminggu untuk membunuh lalat.


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment