expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

20 June, 2014

DATUK BANDAR LETAK JAWATAN KERANA NAJIS ANJING


Datuk Bandar bandar Southern California di San Marino dilaporkan meletak jawatan setelah dibelenggu video kamera keselamatan yang dikatakan menunjukkan dia mencampak beg berisi najis anjingnya ke kawasan rumah jirannya.

Pada 7 Jun lalu, jiran kepada Datuk Bandar Dennis Kneier menjumpai beg kecil di luar rumahnya, dia melihat semula rakaman kamera pengawasan dan melaporkan pada pihak polis. Polis kemudiannya mengesahkan bahawa ahli politik itu telah membuang sampah di kawasan jirannya.

Video itu kemudiannya tersebar secara meluas selepas jiran nya, Philip Lao berkongsi video itu secara terbuka. Ia mengakibatkan kemarahan masyarakat dan Kneier telah memohon maaf.

"Kejadian ini terus terusan memalukan saya dan bandar ini. Oleh kerana itu, saya telah memutuskan untuk melepaskan jawatan sebagai Datuk Bandar." Kneier menulis dalam surat kepada rakan-rakan, ahli-ahli Majlis Bandaraya bagi mengumumkan perletakan jawatan beliau pada hari Selasa," lapor Los Angeles Times

Menurut laporan, Naib Datuk Bandar, Eugene Sun akan mengambil alih sehingga ahli-ahli majlis memilih Datuk Bandar baru. Walau bagaimanapun, Kneier, yang tempoh jawatannya berakhir pada bulan November 2015, akan kekal di dalam majlis ini.


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment