expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

20 June, 2014

PATUNG OSAMA BIN LADEN YANG MENAKUTKAN DICIPTA CIA



Agensi antarabangsa milik Amerika, CIA  diberitakan secara rahsia telah mencipta patung mainan Osama bin Laden yang menakutkan dengan harapan agar ia akan menjauhkan kanak-kanak daripada pengaruh Al-Qaeda.

Patung itu dengan kod nama ‘Devil Eyes’, diperbuat daripada bahan larut haba dan apabila lapisan luarnya dikupas, ia akan mendedahkan wajah Osama bin Laden yang menakutkan seperti syaitan dengan muka bertanda dan mata yang hijau.

CIA telah bekerjasama dengan Donald Levine, bekas eksekutif   syarikat mainan Hasbro dan salah seorang orang penting dalam industri ini untuk menggunakan kenalan Donald di China bagi pengeluaran produk mainan ini.

Donald bagaimanapun telah meninggal dunia Mei lalu pada usia 86 tahun. Dia sebelum ini telah terlibat dalam reka bentuk GI Joe yang sangat popular di seluruh Amerika.

Menurut Washington Post, beratus-ratus permainan kanak-kanak seperti ini telah dibuat sebagai sebahagian daripada pra-pengeluarannya dan telah dihantar ke Karachi, Pakistan pada tahun 2006.

Tetapi seorang jurucakap CIA menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu bahawa mainan itu tidak pernah dikeluarkan.

"Untuk makluman, hanya terdapat tiga patung yang pernah dibuat dan ia semata-mata untuk menunjukkan bagaimana produk itu kelihatan. Setelah dibentangkan dengan contoh-contoh yang dibuat, CIA enggan meneruskan idea ini dan tidak menghasilkan atau mengedarkan sebarang patung mainan seperti ini," kata Ryan Trapani.

"Walau bagaimanapun, CIA tidak tahu sekiranya patung mainan seperti ini ada dikeluarkan atau diedarkan oleh pihak lain," katanya lagi.


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment