expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

20 June, 2014

MUHYIDDIN YASSIN KEKAL DALAM KABINET


Sejak kebelakangan ini, pelbagai desas desus berkenaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa akan berundur dari Kabinet.

Pelbagai pihak membuat spekulasi ini di media sosial. Ada juga yang mendakwa semuanya berpunca daripada hubungan Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib yang dikatakan kurang baik.

Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyangkal dakwaan tersebut yang dianggap sebagai rekaan politik pihak tertentu.

Menurut Datuk Seri Najib, beliau sebenarnya mempunyai hubungan dan persefahaman yang amat baik dengan Tan Sri Muhyiddin. Menurut akhbar Harian Metro, Datuk Sri Najib dipetik sebagai berkata;

"Sebagai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin sentiasa mendokong dan menjayakan segala dasar serta agenda pembangunan nasional yang berkait dengan rancangan transformasi negara yang dibawa oleh saya.

"Sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) pula, beliau sentiasa bersama saya dalam segala usaha memperkukuh dan memantapkan lagi perjuangan UMNO dan BN," katanya dalam satu kenyataan.

Datuk Seri Najib juga berkata, ia adalah satu usaha yang berterusan dan masih banyak perlu dilakukan oleh beliau dengan bantuan Muhyiddin.

Dengan kenyataan daripada perdana menteri Malaysia ini, maka jelaslah bahawa hubungan beliau dan timbalannya adalah dalam keadaan baik dan bukan seperti yang digembar-gemburkan banyak pihak sebelum ini.

Ini juga sekaligus mengakhiri spekulasi bahawa Tan Sri Muhyiddin akan berundur dari Kabinet memandangkan khidmatnya masih diperlukan dalam UMNO dan BN.

No comments:

Post a Comment