expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

20 June, 2014

REKAAN SELUAR DALAM C-STRING MENGGANTIKAN G-STRING



Adakah ini seluar dalam masa depan yang bakal menjadi kebanggaan? Atau ini adalah hasil kecanggihan teknologi dan inovasi manusia yang membuktikan semakin bertamadun manusia kini maka semakin mereka kembali ke era paleolitik.

Dunia barat kini telah mereka satu lagi jenis seluar dalam yang lebih seksi dan 'advance' sebagai alternatif kepada 'G-String. Rekaan terbaru seluar dalam ini dinamakan C-String. Ia berupa seluar dalam yang hanya menutup tempat yang paling wajib sahaja. .

Rekaan C-String ini mungkin agak pelik dan aneh kerana ia hanya kelihatan seperti getah rambut atau patch mata. Ia direka untuk melekap dengan baik kerana ia mempunyai wayar di bahagian belakang punggung dan rangka depan yang tidak akan bergerak apabila dipakai.

Kini, rekaan C-String tidak hanya untuk perempuan kerana ia juga direka khas untuk kegunaan lelaki dengan mengekalkan konsep yang sama iaitu amat mendedahkan dan hanya menutup kemaluan sahaja.

Jelas sekali manusia semakin hari semakin 'berani' mencuba dalam segalanya. Daya pemikiran yang paling maju dan penuh kemodenan kadangkala menghasilkan sesuatu yang akhirnya membawa manusia kembali ke zaman lampau atau purba. 

Jika begini rupa seluar dalam rekaan masa kini, adakah suatu hari nanti berbogel pula akan dianggap sebagai suatu fesyen?


No comments:

Post a Comment