expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

19 June, 2014

DISEMBAH KERANA LAHIR DENGAN EKOR 7 INCI




Seorang budak lelaki dari Punjab, India dilahirkan dengan ekor sepanjang tujuh inci dan seringakali dianggap tuhan oleh penduduk setempat.

Arshid Ali Khan, 13, walau bagaimanapun sedang dalam proses untuk melakukan pembedahan membuang ekornya itu walaupun ia dianggap oleh kebanyakan orang sebagai simbol tuhan.

Dia yang bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak  dianggap oleh penduduk tempatan sebagai jelmaan dewa monyet Hindu Hanuman dan mereka  menggelarnya sebagai Balaji.

"Ekor ini adalah anugerah tuhan pada saya. Saya disembah kerana apabila saya berdoa kepada tuhan, hasrat orang ramai menjadi kenyataan," kata Arshid

"Memiliki ekor bukanlah sesuatu yang buruk, namun ia tidak juga baik,"

Arshid kini tinggal dengan datuknya, Iqbal Qureshi, dan dua orang bapa saudaranya selepas bapanya meninggal dunia ketika dia berusia empat  tahun dan ibunya berkahwin lain.

Iqbal, seorang jurulatih muzik, berkata: "Apabila dia mula bercakap buat kali pertama pada usia setahun semua yang disebutnya adalah nama-nama tuhan dari agama yang berbeza.

"Saya mula sedar dia mempunyai keistimewaan dan  sangat suci," katanya lagi.

Beliau menambah: "Tidak kiralah sama ada kita beragama Islam atau Hindu, saya rasa terdapat hanya satu jalan untuk kerohanian."

Rumah Arshid kini telah ditukar menjadi kuil di mana pengikutnya akan datang melawat beliau untuk menerima rahmatnya serta menyentuh ekornya.

"Banyak orang yang telah dimakbulkan permintaannya selepas mereka datang menziarahinya. Kadang-kadang ada pasangan yang tidak mempunyai anak yang datang padanya untuk meminta bantuan. Beliau merahmati mereka, dan si isteri akhirnya hamil," dakwa Iqbal.

Walau bagaimanapun, Arshid terpaksa membahagikan masanya untuk pengikutnya yang setia, menghadiri sekolah dan bermain dengan kawan-kawannya.

Walaupun dikatakan mempunyai kuasa, Arshid bergantung sepenuhnya pada kerusi roda kerana dia menghidap satu jenis penyakit yang tidak dapat dikenal pasti.

Sesetengah doktor berpendapat 'ekor' tersebut keluar akibat  tulang rapuh manakala ada juga yang mengatakan bahawa ia terjadi akibat pertumbuhan dari tulang belakangnya.





Edited by;
Farahhasina


No comments:

Post a Comment