expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

21 June, 2014

PERANCIS BENAM SWITZERLAND



Arena Fonte Nova, Salvador menyaksikan satu perlawanan dalm kumpulan E, iaitu Perancis menentang Switzerland. Seperti diduga, Perancis menepati ramalan apabila membenam Switzerland jaringan 5-2.

Ternyata dari awal lagi Perancis mengawal permainan dan memaksa Switzerland mengikut rentak mereka. Permainan dari awal bermula rancak dengan serang bertubi-tubi yang dibuat ke atas pertahanan Switzerland.

Hasil asakan bertali arus mereka, Perancis berjaya memperolehi gol pertamanya menerusi Olivier Giroud pada minit ke-17. Ternyata gol itu memberi kejutan besar buat pasukan Switzerland yang seakan-akan hilang arah kerana hanya sekelip mata satu lagi gol berjaya diperolehi Perancis pada minit ke-18 menerusi jaringan Blaise Matudi.

Separuh masa pertama benar-benar dikuasai Perancis yang mengawal permainan dan membuat asakan demi asakan ke kubu pertahanan Switzerland. Akhirnya, Perancis dihadiahkan penalti oleh pengadil apabila Karim Benzema dijatuhkan di kawasan kotak penalti. Namun, penalti yang diperoleh Perancis itu gagal membuahkan hasil apabila tendangan penalti yang dilakukan oleh Benzema berjaya ditangkis oleh penjaga gol Switzerland.

Perancis walau bagaimanapun menebus kekecewaan itu dengan gol ketiga mereka pada minit ke-40. Perancis meraikan gol itu ketiga itu yang terhasil menerusi jaringan Mathieu Valbuena.

Pada separuh masa kedua, Perancis masih mengawal permainan walaupun Switzerland dilihat telah menukar sedikit corak permainan mereka. Gol keempat Perancis dijaringkan menerusi Karim Benzema pada minit ke-67 untuk menebus kekecewaannya yang gagal menyempurnakan penalti pada separuh masa pertama. 

Perancis yang masih tidak berpuas hati sekali lagi berpesta gol apabila Moussa Sissoko berjaya menjaringkan gol pada minit ke-73.

Keghairahan pasukan Perancis berpesta gol telah memberi hukuman pada mereka yang kelihatan sedikit leka atau mungkin terlalu yakin dengan kedudukan mereka ketika itu. Blerim Dzemaili telah menghukum Perancis dengan jaringan gol pertama buat Switzerland pada minit ke-81. 

Kelekaan Perancis berterusan dan telah membuka ruang buat Switzerland yang sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-87 menerusi Granit Xhaka.Walaupun jaringan kedua Switzerland agak terlewat, namun sekurang-kurangnya ia mengurangkan aib buat mereka. 

Perancis hampir sahaja meraikan gol keenam dalam perlawanan itu apabila Benzema menjaringkan satu gol cantik yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Switzerland. Namun sayangnya gol itu tidak dikira kerana ia dijaringkan sebaik sahaja tiupan wisel penamat oleh pengadil. 

Perlawanan berkeputusan Perancis menundukkan Switzerland dengan jaringan 5-2.



Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment