expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

17 June, 2014

RAWATAN BOTOX MURAH GUNA PENYU!


Mungkin ramai wanita sanggup membelanjakan ributan ringgit untuk rawatan botox terutama pada bahagian bibir untuk mendapatkan bibir yang seksi. Namun kini terdapat satu kaedah botox yang paling murah iaitu dengan menggayakan aksi mencium penyu semasa bergambar.Namun anda harus tahan kesakitan gigitan penyu itu!

Dalam satu kejadian, seorang lelaki dari Wilayah Fujian China baru-baru ini cuba untuk membuat 'pose' gambar dengan beraksi untuk mencium seekor penyu. Lelaki malang ini mungkin tidak menyedari bahawa haiwan itu boleh menggigit dan gigitannnya sangat berbisa serta mampu memutuskan jari.

Lelaki ini terus beraksi dengan mendekatkan bibirnya dengan haiwan itu dan seperti yang telah diduga ia terus melekapkan gigitan dan enggan melepaskan bibirnya.

Gambar aksi ciuman menyakitkan itu telah dirakamkan oleh rakan lelaki berkenaan yang kemudiannya mengambil gambil rakannya setelah digigit. Nyata bibir lelaki itu bengkak dengan teruk akibat gigitan tersebut. 

Ia menjadi terlalu lucu bagi mereka yang merasakan rupanya seolah suatu rawatan botox untuk mendapt bibir yang seksi.

Menurut laporan berita, penyu yang ditangkap ini sebenarnya bakal dilepaskan semula. Sebelum melepaskan penyu itu pergi, dia ingin menyimpan memori bersama haiwan eksotik ini dengan merakamkan gambar aksi manja dengannya. 

Namun 'hadiah' perpisahan yang diberikan penyu itu pastinya sesuatu yang tidak diduga oleh lelaki berkenaan.


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment