expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

22 June, 2014

SURAT COMEL SEORANG BUDAK PADA GOOGLE



Seorang anak kecil iaitu anak perempuan kepada pekerja Google telah menulis satu surat bagi meminta kebenaran agar bapanya diberikan satu hari cuti sempena hari lahirnya. 

Berikutan daripada surat itu, pekerja Google berkenaan bukan hanya diberikan cuti sehari, malah beliau telah diberikan cuti selama seminggu walaupun surat berkenaan hanyalah hasil tulisan seorang anak kecil.

Dalam surat yang sungguh comel itu, kanak-kanak bernama Katie tersebut telah bertanya kepada syarikat gergasi Internet, Google sama ada mereka boleh memberikan bapanya cuti sehari untuk meraikan hari lahir bapanya itu. 

Surat comel tersebut yang ditujukan pada Google lebih kurang berbunyi begini;

'Pekerja google yang dihormati,' tulisnya.

'Bolehkah ayah diberi satu hari cuti apabila dia pergi kerja.

Mungkin dia boleh mendapatkan cuti sehari pada hari Rabu.

'Kerana ayah HANYA mendapat cuti sehari pada hari Sabtu.

Katie juga menambah: Catatan tambahan: Ianya HARI JADI ayah.

'Catatan tambahan: Semua tahu bahawa ia adalah musim panas'

Sungguh comel tulisan si kecil itu dan lebih manis lagi surat itu telah mendapat respon yang lebih daripada yang kita bayangkan. Google bukan hanya bersetuju memenuhi permintaan kanak-kanak itu, malah mereka turut membalasnya.

'Terima kasih atas nota permintaan anda,' balas majikan kepada bapa Katie, Daniel Shiplacoff.

'Bapa anda telah bekerja keras bagi mereka bentuk banyak benda yang cantik dan menarik untuk Google dan berjuta-juta orang di seluruh dunia.

'Sempena Hari Lahirnya, dan mengambil kira kepentingan mengambil cuti pada hari Rabu di musim panas, kami memberinya satu minggu yang pertama dalam bulan Julai sebagai masa bercuti.' demikian jawapan yang pastinya menggembirakan Katie.
Syabas dan tahniah Google atas sikap prihatin dan toleransi tersebut.

No comments:

Post a Comment