expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

11 July, 2014

3 POLIS ISLAM THAILAND DITEMBAK MATI DALAM SERANG HENDAP


Tiga anggota polis ditembak mati dalam satu serang hendap yang disyaki dilakukan oleh militan Islam dalam siri pemberontakan di selatan Thailand , kata seorang pegawai semalam.

Polis berkata, ketiga-tiga pegawai Islam berkenaan dikatakan baru kembali daripada solat tarawikh ketika mereka diserang pada malam Khamis di daerah Krong Pinang di Wilayah Yala.

"Ia merupakan kerja militan yang mahu menimbulkan lagi kekacauan," Timbalan Komander PolisYala,  Kolonel Banlue Chuwet berkata kepada AFP melalui perbualan telefon. Dia turut memberitahu seorang imam ditembak di kaki dalam serangan yang sama.

Lebih daripada 6,000 orang telah terbunuh dalam pengeboman dan tembakan yang berlaku hampir setiap hari di rantau berpenduduk majoriti Islam berhampiran sempadan selatan Thailand dengan Malaysia sejak tahun 2004.

Golongan Buddha dan yang menyamai Islam menjadi mangsa kepada serangan militan, yang menjadikan pasukan keselamatan, orang awam dan wakil-wakil berkuasa negeri sebagai sasaran.

Pemberontak mahu tahap autonomi yang sama rata kerana mereka menuduh pihak berkuasa Thai tidak menghormati budaya dan bahasa Melayu serta melakukan pencabulan hak asasi manusia.

Rundingan damai di antara beberapa puak pemberontak dan pihak berkuasa Thailand terhenti akibat krisis politik yang meletus di Bangkok tahun lepas dan ia memuncak dalam rampasan kuasa tentera pada bulan Mei.

No comments:

Post a Comment