expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

13 July, 2014

BANDUAN DIBENARKAN LAKUKAN SEKS DALAM SEL MAHKAMAH


Sebuah mahkamah memerintahkan seorang lelaki dihantar untuk pemerhatian psikiatri selama 30 hari.kerana menerima rasuah R150 bagi membenarkan seorang banduan yang menunggu kes perbicaraan untuk melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya dalam sel mahkamah.

Pegawai Waran Bongani Ndikho, 42, diberi amaran kerana ketika kejadian, dia bertanggungjawab terhadap tahanan yang berada dalam mahkamah ketika menunggu kes perbicaraan. Kejadian tersebut dikatakan berlaku dalam sel mahkamah di Regional Court Wynberg di Cape Town pada Mac tahun lepas.

Dia muncul di hadapan Majistret W Rixana di mana atas permintaan pendakwa Simone Liedeman, dia diperintahkan untuk melaporkan diri di hospital psikiatri Valkenberg  untuk penilaian sebagai pesakit luar, dan diterima masuk sebagai seorang pesakit dalam sebaik sahaja terdapat tempat kosong.

Pendakwa berkata, beliau mempunyai rekod perubatan dan juga surat psikiatri yang menyatakan bahawa Ndikho mengalami kemurungan yang teruk dan tidak dapat memberi tumpuan kepada prosiding itu. Dia juga mempunyai kesukaran untuk berinteraksi dengan orang, ingatan dan tumpuan yang lemah.

Sebelum ini, Ndikho mengadu kepada mahkamah bahawa dia telah dikejar oleh jurukamera media sebaik sahaja melangkah keluar dari kandang tertuduh di Bellville.

Dia menyatakan bahawa dia tidak berpuas hati dengan kehadiran media di mahkamah, dan tidak mahu gambarnya disiarkan dalam akhbar.

"Ini adalah satu kes rasuah, dan kehadiran media memberi kesan kepada saya dan ibu saya yang sedang sakit. Mereka menyalahgunakan hak mereka," katanya selepas memberitahu dia dikejar jurugambar selama kira-kira 500 meter.

Majistret berkata media perlu membawa permohonan rasmi jika mereka ingin mengambil gambar, atau membuat rakaman TV di mahkamah. Walau bagaimanapun, mahkamah tidak boleh mengawal apa yang berlaku di luar.

Ndikho berada di kandang tertuduh dengan seorang banduan bernama John Maggot yang didakwa memberi rasuah R150 itu.

Ndikho menghadapi dua pertuduhan rasuah iaitu berkaitan dengan rasuah R150 yang dikatakan untuk seks, dan juga menerima rasuah tambahan berjumlah R12, 000 bagi menyeludup bungkusan berisi ganja untuk Maggot.

Maggot juga menghadapi dua pertuduhan rasuah. Kedua-dua mereka kini menghadapi satu pertuduhan setiap seorang kerana urus niaga dadah.


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment