Tia Grisett telah dirakamkan ketika memegang papan tanda memalukan di Wimauma, Florida, yang bertulis; 'Saya mencuri daripada sebuah pasar raya' selepas cuba mencuri beberapa unit pembersih udara dari Wal-Mart.
Selain hukuman memegang papan tanda tersebut sambil berdiri di tepi jalan, wanita yang berusia 21 tahun itu juga telah diberikan perintah percubaan selama 18 bulan.
Namun begitu, tidak semua orang merasakan bahawa Grisett telah mengambil perhatian serius selepas dia dilihat menggunakan telefon bimbit semasa hukuman itu.
"Hukuman ini tidak memberi apa-apa kesan malah dia menghantar mesej kepada rakan-rakannya dan memberitahu mereka bahawa dia akan muncul di TV. Adakah dia perlu membayar apa-apa? Langsung tidak!" kata seorang pengguna Facebook, MaryJane Johnson.
Dalam pada itu, Robby Stokley pula tidak bersetuju dan merasakan idea itu amat baik selepas jabatan polis memuat naik gambar tersebut di laman sosial pada hari Jumaat.
"Perkara seperti ini membuatkan saya sangat bangga menjadi salah seorang penduduk Bradford County," kata Robby.
Edited by;
Farahhasina
No comments:
Post a Comment