expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

13 July, 2014

VIDEO LELAKI YANG MENGAHWINI BUAYA




Bolehkah seorang manusia mengahwini seekor haiwan? Mungkin kedengaran mustahil, namun percaya atau tidak itulah yang berlaku di Mexico apabila seorang lelaki yang juga seorang datuk bandar mengahwini seekor buaya.

Datuk Bandar San Pedro Huamelula, Joel Vasquez Rojas, telah mengahwini reptilia itu yang dipakaikan gaun putih di dewan bandar raya dan kemudiannya berkongsi tarian dengan penduduk tempatan dalam majlis perkahwinan itu.

Menurut tradisi tempatan, buaya merupakan seorang puteri dan perkahwinannya dengan dengan datuk bandar di situ akan menghasilkan lebih banyak sumber makanan laut untuk nelayan di pantai Pasifik.

"Sebagai orang muda, ini sangat bermakna. Ia khazanah terhebat nenek moyang yang ditinggalkan untuk kita," kata seorang penduduk tempatan, Eduardo Zarate.

"Ia adalah hasrat saya untuk berkahwin dengan seorang puteri muda," kata Joel Vasquez Rojas selepas 'pasangan' itu dikahwinkan.

Ahli-ahli majlis tempatan membiayai majlis perkahwinan ini dan mereka yang tidak memberi sumbangan dikenakan denda.

Untuk keselamatan, rahang buaya tersebut telah diikat dengan wayar pada hari itu. Sambutan perkahwinan berkenaan termasuklah tarian dan persembahan bunga api. Si pengantin lelaki memberitahu pemberita bahawa beliau sangat gembira dengan majlis yang diadakan itu.


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment