expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

13 July, 2014

MELAWAT HIDUPAN DASAR LAUT SAMBIL BERBOGEL


Pelawat ke akuarium hidupan dasar laut di Newquay menjadi tarikan selepas mereka datang berbogel sebagai sebahagian daripada sambutan pesta Nudefest 2014.

Sepuluh tetamu yang tidak mengenakan seurat benang pun dan hanya membawa beg galas dan selipar mereka, dilihat berjalan-jalan di sekitar Akuarium Blue Reef di Cornwall sebagai sebahagian daripada sambutan pesta bogel tahun ini.

Walaupun pusat itu seringkali menjadi tarikan keluarga, namun tidak ada seorang pun daripada orang ramai yang menumpukan sepenuh perhatian pada para pengunjung bogel itu.

"Nudefest merupakan acara yang mantap dan sangat popular dalam kalendar pencinta alam semula jadi dan kami gembira setelah kembali ke Cornwall pada tahun ini," kata seorang pencinta alam dari British, Andrew Welch.

"Para pengunjung sangat teruja dengan perjalanan berbogel ke salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Cornwall," tambahnya lagi.

Selain melihat jerung, ikan pari dan kehidupan air yang lain di dalam akuarium itu, pengunjung bogel itu juga menikmati aktiviti scuba diving dan memancing semasa seminggu mereka tinggal berhampiran Newperran Holiday Park.

Blue Reef Aquarium membenarkan pengunjung berbogel sekali setiap tahun untuk meraikan Nudefest.

AKTIVITI BOGEL MERUPAKAN ACARA TAHUN BLUE REEF AQUARIUM

TIADA MALU; PARA PENGUNJUNG INI BERBOGEL KETIKA LAWATAN KE AKUARIUM BERKENAAN


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment