expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

13 July, 2014

BUDAK 5 TAHUN KENDALI JENTOLAK




Kanak-kanak memang suka melakukan perkara yang dilakukan oleh orang dewasa. Mungkin ramai di antara kita yang pernah berangan-angan untuk mengendalikan jentolak semasa kita kecil apabila menyaksikan bagaimana jentera ini dikendalikan di tapak-tapak pembinaan.

Mungkin ia hanya angan-angan waktu kecil untuk kita namun seorang bapa benar-benar memberi kebenaran anaknya yang berusia 5 tahun untuk melakukannya.

Wang Shuhan dirakamkan dengan aksi mengendalikan sebuah jentera berat itu di China dan dalam rakaman tersebut dia kelihatan menggunakan penggali jentera itu untuk mengorek pasir.

Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana itu bukanlah kali pertama dia melakukannya. Wang Xuebing iaitu bapa kepada kanak-kanak itu yang merupakan seorang pekerja binaan mengakui bahawa dia pernah membawa anaknya bekerja sejak dia berusia 3 tahun.

"Kadangkala saya menerangkan kepadanya fungsi gear dan ketika berusia 3 tahun, dia meminta untuk mencuba. Amat mengagumkan apabila dia berjaya melakukannya," kata Wang.

Walaupun perbuatan itu bahaya, Wang berkata dia sentiasa memerhatikan anaknya itu untuk memastikan keselamatannya.


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment