expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

13 July, 2014

BOKO HARAM MENGAKU BERTANGGUNGJAWAB ATAS PENGEBOMAN ABUJA


Pemimpin Boko Haram Islam Nigeria telah mengaku bertanggungjawab atas pengeboman pada 25 Jun di ibu negara Nigeria, Abuja dan juga bagi serangan pada hari yang sama di depot bahan api di Lagos, dalam satu video baru yang disaksikan oleh pihak AFP.

Pihak berkuasa cuba menutup kes serangan di Lagos itu dan menyifatkannya sebagai kemalangan industri, tetapi siasatan AFP menunjukkan bahawa ia adalah letupan yang disengajakan.

"Saya mengarahkan (pengebom) yang pergi dan meletupkan ia," kata Abubakar Shekau  berkenaan pengeboman di Lagos. Dia juga dilaporkan mengaku bertanggungjawab bagi pengeboman di Abuja yang mengorbankan sekurang-kurangnya 22 nyawa.


No comments:

Post a Comment