expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

13 July, 2014

WANITA BERSUAMI 2 MAHU TAMBAH 2 LAGI SUAMI


Jikalau amalan berpoligami adalah sesuatu yang normal bagi masyarakat kita, bagaimana pula dengan konsep poliandri? Mungkin ramai yang tidak mengetahui amalan itu dilakukan di beberapa tempat di dunia.

Sekiranya dalam poligami, seorang lelaki boleh berkahwin sehingga 4, kini wanita yang mengamalkan poliandri juga menyatakan hasrat yang sama.

Seorang pengamal perubatan tradisional dari Zimbabwe, Emma Chaleka, 57, yang bersuami dua kini berhasrat untuk menambah dua lagi suaminya supaya dia mempunyai empat suami dalam masa yang sama.

Emma mendakwa bahawa suaminya yang pertama telah gagal untuk memenuhi keinginannya dan dia kemudiannya berkahwin satu lagi. Kini, impiannya adalah untuk memiliki empat suami di bawah satu bumbung.

Emma yang telah mengahwini dua lelaki iaitu Sikabenga dan Mudenda mengatakan dia telah bersedia untuk mempunyai empat suami asalkan mereka hidup dengan aman dan menghormati peranan masing-masing.

Perkahwinan poliandri ini telah menjadi buah mulut di pinggir bandar Gadzema di mana Emma mendakwa bahawa suaminya keduanya Sikabenga Pendasi (55) telah diperkenalkan oleh oleh suami pertamanya Never Mudenda.

"Perkahwinan kami dilakukan di hadapan saksi. Kami memerlukan makanan dan untuk rumah kami kekal bahagia saya perlukan seorang suami untuk melakukan hubungan seks. Tetapi Mudenda telah disihir selepas dia curang dengan seorang wanita yang sudah berkahwin," kata Emma.

"Kemudian, Sikabenga bersetuju mengahwini saya dengan syarat bahawa terdapat saksi kepada perkahwinan ini dan Mudenda membawa ayam dan memanggil salah seorang jiran kami sebagai saksi. tambahnya lagi.

Menurut laporan, pada awalnya suami pertama Emma yang cemburu pernah menyerang Sikabeng dan hampir membunuhnya namun Emma berjaya mengawal keadaan.

"Saya tidak takut lelaki. Saya mahu mempunyai empat suami, selagi mereka hidup dengan aman dan menghormati tugas mereka. Saya boleh memukul lelaki," jelas Emma.

"Semua orang dalam komuniti ini tahu bahawa saya seorang yang tabah. Itulah sebabnya mereka takut menghadapi saya dan saya mendapat semua alamat melalui mimpi saya," dakwa Emma lagi.

Wanita itu turut menafikan dakwaan bahawa dia pernah menjadi pelacur dan isteri yang curang. Emma memiliki 11 anak hasil daripada perkahwinan terdahulunya dan mempunyai 2 orang anak dengan Never Mudenda.

No comments:

Post a Comment