expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

12 July, 2014

REMAJA TURKI CATAT REKOD GUINNESS SEBAGAI REMAJA PEREMPUAN TERTINGGI DI DUNIA


Guinness World Records telah menganugerahkan seorang remaja dari Turki, Rumeysa Gelgi dengan rekod sebagai Remaja Tertinggi (perempuan) di dunia.

Remaja berusia 17 tahun itu yang mempunyai ketinggian 213.6 cm (7 kaki 0.09 inci) telah menerima anugerah dalam satu penganugerahan khas di kampung halamannya di Safranbolu, Karabük di Turki.

Doktor Ömer Hakan Yavaşoğlu telah membuat ukuran rasmi Rumeysa mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Guinness World Records pada 3 masa yang berlainan dalam hari yang sama.

Ukuran tersebut diambil di hadapan pegawai Seyda Subasi-Gemici yang mewakili Guinness World Records dalam majlis penganugerahan tersebut.

Rumeysa berkata: "Ia adalah salah satu mimpi paling hebat saya untuk dianugerahkan dengan rekod ini. Menjadi seorang pemegang rekod ini adalah satu perkara yang sangat menakjubkan dan saya tahu bahawa hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang mampu memilikinya dan saya kini adalah salah seorang daripada mereka,"

Pegawai Guinness World Records, Seyda Subasi-Gemici berkata: "Rekod Dunia Guinness meraikan kepelbagaian dan mengiktiraf orang yang luar biasa di seluruh dunia.

Rumeysa Gelgi telah menunjukkan semangat dan keberanian dengan keadaan dirinya, dan ia adalah satu penghormatan untuk bertemu dan menganugerahkan beliau sebagai Remaja Tertinggi di dunia,"

Rumeysa kini dalam berada dalam gred ke-11 di sekolah tinggi dan tinggal di rumah dengan ibu bapanya serta adik-beradik lain yang semuanya mempunyai ketinggian noramal.

Pakar-pakar perubatan percaya bahawa keadaan Rumeysa adalah disebabkan oleh sindrom Weaver, iaitu sejenis gangguan genetik yang jarang berlaku dan menyebabkan pertumbuhan pantas.

Selain ketinggian beliau yang luar biasa , tangan Rumeysa berukuran  24.5 cm manakala kakinya pula berukuran 30.5 cm.

Keadaan Rumeysa menunjukkan bahawa dia mengalami masalah fizikal yang berterusan, seperti ketidakstabilan dan kesukaran untuk berjalan. Sebelum ini, dia juga telah mengalami reaksi yang kurang baik daripada orang ramai kerana penampilannya.

Rumeysa mengatakan bahawa sikap negatif masyarakat tidak lagi mengganggunya serta meletakkannya dalam kejahilan. Dia merasakan ketinggiannya membawa banyak kelebihan.

"Saya suka menjadi berbeza daripada orang lain. Ia menarik dan membuat saya berasa istimewa. Ia memberi saya kemudahan untuk  ke tempat-tempat yang tinggi dan memandang rendah pada orang dari atas adalah satu perkara yang menyeronokkan," kata Rumeysa.

Rumeysa walau bagaimanapun dilaporkan bahawa dia tidak akan meninggi lagi. Oleh itu, dia tidak akan dapat mengatasi rekod Tertinggi Manusia Hidup yang dipegang oleh rakan senegaranya, Sultan Kosen yang mempunyai ketinggian 251 cm (8 kaki 3 inci).

Rekod Rumeysa ini akan dimuatkan dalam buku Guinness World Records 2015 yang akan diterbitkan pada bulan September.

KETINGGIAN RUMEYSA TELAH MENGAKIBATKAN MASALAH PERGERAKAN DAN DIA TERPAKSA MENGGUNAKAN PENYOKONG KHAS



No comments:

Post a Comment