expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

12 July, 2014

KORBAN JIWA GAZA CECAH 115 ORANG



Israel menggempur militan Palestin di Semenanjung Gaza dalam serangan hari yang kelima hari ini, yang mengorbankan 9 lagi nyawa termasuk 2 wanita kurang upaya, dan tidak menunjukkan tanda berhenti walaupun wujud pelbagai tekanan antarabangsa untuk rundingan gencatan senjata.

Ditanya tentang kemungkinan Israel menukar serangan empat hari lepas yang kebanyakannya melalui udara ke serangan darat di Gaza bagi menghentikan serangan roket militan, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata; "Kami sedang menimbang semua kemungkinan dan bersedia untuk semua kemungkinan."

"Tiada tekanan antarabangsa yang akan menghalang kami daripada bertindak dengan semua kuasa," katanya kepada pemberita di Tel Aviv pada hari Jumaat, sehari selepas panggilan telefon dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengenai siri keganasan paling teruk Israel-Palestin dalam tempoh hampir dua tahun.

Washington menegaskan tentang hak Israel untuk mempertahankan dirinya dalam satu kenyataan dari Pentagon pada hari Jumaat.

Sementara itu, Chuck Hagel memberitahu Menteri Pertahanan Israel, Moshe Ya'alon bahawa beliau bimbang mengenai risiko pada peringkat selanjutnya dan menekankan keperluan bagi semua pihak untuk melakukan segala apa yang mereka boleh untuk melindungi penduduk awam dan mengembalikan keamanan.

Menurut pasukan perubatan Palestin, dua wanita kurang upaya terbunuh dan empat yang lain cedera parah apabila serangan Israel menggempur pusat pemulihan di bahagian timur Gaza City. Jurucakap tentera Israel berkata, beliau memeriksa butiran mengenai mengapa pusat itu disasarkan.

Tiga militan dan empat orang lain termasuk seorang lelaki berusia 65 tahun telah terkorban dalam serangan udara pada awal hari Sabtu.

Penduduk berkata sebuah masjid di tengah Semenanjung Gaza musnah dibom . Pasukan tentera memberitahu ia telah dijadikan tempat simpanan senjata. 

Terdapat contengan yang yang tertera pada salah satu dinding masjid yang diletupkan berbunyi, 'Kami akan terus berjuang walau betapa angkuhnya awak, Netanyahu' 

Di Israel, sebuah roket Palestin mencederakan seorang dengan parah manakala tujuh yang lain cedera apabila ia terkena kapal tangki bahan api di stesen perkhidmatan di Ashdod, 30km (20 batu) di utara Gaza. 

Militan Islam di Gaza memberi amaran mereka akan melancarkan roket di lapangan terbang antarabangsa utama Tel Aviv dan memberi amaran kepada syarikat penerbangan untuk menghentikan operasi.

Pegawai perubatan Gaza berkata sekurang-kurangnya 76 orang awam, termasuk 24 kanak-kanak, adalah antara 115 orang yang terbunuh setakat ini dalam serangan udara pada jarak 40 km (25 batu) di satu kawasan yang menempatkan hampir 2 juta orang.

RAKYAT PALESTIN YANG BERBARIS DI RAFAH DENGAN PASPORT MEREKA UNTUK MEMASUKI MESIR

No comments:

Post a Comment