expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

12 July, 2014

PADAH KAHWINI PENARI BALLET; DIKEJARKAN KE HOSPITAL SELEPAS SEKS


Mengahwini pasangan yang sihat, cergas dan bertenaga memang menjadi impian semua orang. Namun, seandainya pasangan yang dikahwini terlampau cergas dan mempunyai tahap kelenturan tubuh yang luar biasa tetap memberi masalah.

Itulah yang berlaku pada seorang ahli perniagaan Rusia, Bakhtiyar Salimov yang berusia 45 tahun. Beliau terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan selepas dia didakwa melakukan hubungan seks dengan isterinya yang merupakan seorang penari ballet.

Lelaki malang itu dikejarkan ke hospital kerana mengalami sakit belakang yang amat teruk selepas dia melakukan hubungan seks dengan isterinya, Anastasia Volochkova yang juga bekas seorang penari ballet.

Keadaan itu mungkin berlaku disebabkan kesilapan teknik akibat daripada badan isterinya yang memang terlalu fleksibal.

Bakhtiyar bagaimanapun dilaporkan beransur pulih selepas insiden itu. Isterinya,Anastasia menyifatkan kesan selepas seks mereka itu sebagai memberi kesan yang sangat buruk pada suaminya.

"Selepas melakukan seks, suami saya mengalami sakit yang amat teruk di belakangnya sehingga kami terpaksa memanggil ambulans sebanyak dua kali tetapi ubat yang mereka berikan tidak melegakannya," kata Anastasia.
"Dia tidak boleh berdiri dan kini hanya mampu berada di katil," tambahnya lagi.

Isterinya yang berusia 38 tahun itu dikhabarkan pernah menjadi tajuk utama akhbar pada tahun 2003 selepas digugurkan daripada akedemi ballet terkenal dunia, Bolshoi kerana disifatkan sebagai terlalu gemuk.

Dia walau bagaimanapun berjaya menyaman syarikat berkenaan atas insiden itu.



No comments:

Post a Comment