expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

09 July, 2014

GURU DIDAKWA KERANA MENGHIDU DAN MENGGELETEK KAKI MURID

MARTYNE AIREY MENGAKU BERSALAH ATAS TUDUHAN KE ATASNYA

Seorang guru sekolah rendah mengaku bahawa dia telah menghidu dan menggeletek kaki murid-murid bawah umur.

Martyne Airey, 51 dari Blackburn, Lancashire, mengaku bersalah atas lapan pertuduhan aktiviti seksual dengan kanak-kanak di bawah 13 tahun di Preston Crown Court.

Mahkamah diberitahu bagaimana Airey menahan murid-muridnya yang menimbulkan masalah disiplin selepas pengajaran dalam kelas supaya dia boleh menghidu jari kaki mereka.

Dia akan meminta muridnya untuk memilih kad dari dek yang disediakan dan bergantung kepada kad yang telah dipilih, beliau akan menghidu atau menggeletek kaki mereka.

Kejadian tersebut mula dibongkar selepas murid-murid berkenaan ditanya oleh para guru yang lain mengapa mereka lewat ke kelas berikutnya.

Murid-murid tersebut kemudiannya menjelaskan aktiviti permainan yang dilakukan dengan Martyne. Semua mangsa Martyne adalah kanak-kanak lelaki.

Pada perbicaraan sebelum ini, peguam pendakwa, Catherine Allan berkata, "Defendan bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah,"

"Kes pendakwaan dibuat kerana dia didakwa melakukan aktiviti permainan dengan kanak-kanak dengan cara menghidu kaki mereka untuk kepuasan seksual. Dalam kes ini berlaku penyalahgunaan kedudukan, amanah yang melibatkan kanak-kanak bawah umur," jelasnya lagi.

Hakim Simon Newall memberitahu Martyne bahawa dia tidak boleh dipenjarakan namun tetap akan dijatuhkan hukuman pada bulan depan.


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment