expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

08 July, 2014

MAMPUKAH JERMAN AMBIL PELUANG KELEMAHAN PERTAHANAN BRAZIL?



Menghadapi tugas getir menentang negara tuan rumah pastinya memberi sedikit tekanan buat pasukan Jerman yang bakal menentang Brazil dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Dunia 2014. Ini merupakan perlawanan hingga ke peringkat separuh akhir kali ketiga yang berjaya diperoleh pasukan Jerman di peringkat antabangsa.

Namun persoalannya mampukah mereka mengambil peluang tatkala jentera pasukan Brazil kelihatan goyah tanpa penyerang berbisa mereka, Neymar?

Pasukan di bawah bimbingan jurulatih Joachim Löw ini pastinya mahu mencipta sejarah pada separuh akhir kali ketiga buat mereka. Mereka berjaya ke separuh akhir Piala Dunia 2010 dan Euro 2012 tetapi tewas kedua-duanya sekali. Adakah Piala Dunia 2014 bakal mencipta sejarah tersendiri buat pasukan Jerman?

Di Belo Horizonte kali ini, Jerman sebenarnya mempunyai peluang terbaik untuk mencipta sejarah yang telah terlepas buat mereka sebanyak dua kali.

Ini adalah masa terbaik untuk tulang belakang pasukan ini iaitu Manuel Neuer, Philipp Lahm dan Bastian Schweinsteiger menggunakan segala pengalaman yang ada bagi bergerak lebih mantap bersama generasi penyerang muda mereka, Toni Kroos, Mesut Özil dan Thomas Müller bagi mencipta sejarah pencapaian antarabangsa mereka.

Apakah percaturan Löw kali ini? Adakah beliau akan mengekalkan formasi 4-3-3, yang dianggap berisiko kerana Per Mertesacker kurang mendapat ruang untuk bergerak. Mungkin juga Jerman akan mengulang formasi 4-2-3-1 seperti ketika menentang pasukan Perancis,

Sementara itu, jurulatih Brazil Luiz Felipe Scolari pula perlu mencari penyelesaian sebenar bagi masalah kelemahan benteng pasukannya kali ini. Banyak pihak mempersoalkan apakah yang mampu Brazil lakukan tanpa Neymar? 

Ketiadaan Thiago Silva yang digantung selepas kesalahan ketika menentang Colombia juga pasti memburukkan lagi keadaan buat Brazil. Mereka dilihat harus mencari jalan untuk menangani Jerman tanpa tonggak azimat dan pemain terbaik mereka. 

Scolari haris membuat rombakan dan percaturan bijak sekiranya mahu menempah tempat ke perlawanan akhir dan menjulang Piala Dunia di tempat sendiri.

Apakah tekaan anda bagi perlawanan separuh akhir Brazil menentang Jerman ini? Kami melihat perlawanan ini mungkin agak seimbang dan menjangkakan keputusan akan berpihak pada Brazil dengan kemenangan 2-3. Apa pun ia hanya sekadar tekaan, sama-sama kita nantikan keputusannya nanti.

By;
Farahhasina




No comments:

Post a Comment