expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

08 July, 2014

NAMA TERPANJANG DI DUNIA MENGANDUNGI 63 PERKATAAN


Satu faktor yang sentiasa dipertimbangkan apabila menamakan anak-anak adalah dari segi kesedapan bunyi dan maksud yang baik. Selain itu, pastinya setiap ibu bapa juga tidak mahu menamakan anak terlalu panjang sehingga sukar disebut dan menyulitkan banyak urusan.

Berbeza halnya dengan seorang lelaki Sweden yang berusia 25 tahun. Beliau mungkin mempunyai nama terpanjang di dunia apabila menukarkan pendaftaran namanya yang kini mengandungi 63 perkataan.

Nama anak muda ini adalah 'Kim-Jong Sexy Glorious Beast Divine Dick Father Lovely Iron Man Even Unique Poh Un Winn Charlie Ghora Khaos Mehan Hansa Kimmy Humbero Uno Master Over Dance Shake Bouti Bepop Rocksteady Shredder Kung Ulf Road House Gilgamesh Flap Guy Theo Arse Hole Im Yoda Funky Boy Slam Duck Chuck Jorma Jukka Pekka Ryan Super Air Ooy Rusell Salvador Alfons Molgan Akta Papa Long Nameh Ek'

Benarkah apa yang kita lihat ini? Percaya atau tidak, itulah nama sebenar lelaki ini yang dahulunya dikenali sebagai Alexander Ek dari bandar Haninge berhampiran Stockholm. Beliau mula menukar nama pada usia 18 dan dan kini memegang rekod nama terpanjang Sweden. Untuk memudahkan panggilan, dia kini hanya mahu dikenali dengan nama Papa Long Nameh.

Perbuatan pelik lelaki ini bukan hanya berlaku sekali malah dia kini telah menukar nama sebanyak 6 kali, sambil menambah beberapa nama dengan berhati-hati setiap kali memilih. Pada satu ketika lelaki ini dikenali sebagai Usama-Bin Ek.

"Ibu bapa saya sedikit keliru buat kali pertama apabila surat saya dialamatkan kepada Usama-Bin Ek bukan Alexander," katanya.

"Saya tidak selalu mendapat surat dan kadang-kadang bil elektrik saya tiba lewat, tetapi itu adalah sebahagian daripada perkara menarik tentang nama saya," tambahnya lagi

Di Sweden seseorang boleh menukar nama sekali sahaja secara percuma. Selepas itu setiap perubahan akan dikenakan caj kira-kira USD 149 (RM 475.12)

Rekod Dunia Guinness bagi nama yang paling panjang dimiliki oleh seorang lelaki dari Edinburgh yang mempunyai 29 perkataan dalam namanya.

Nama lelaki itu adalah 'Barnaby Marmaduke Aloysius Benjy Cobweb Dartagnan Egbert Felix Gaspar Humbert Ignatius Jayden Kasper Leroy Maximilian Neddy Obiajulu Pepin Quilliam Rosencrantz Sexton Teddy Upwood Vivatma Wayland Xylon Yardley Zachary Usansky'


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment