expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

09 July, 2014

MATI TERCEKIK HOT DOG


WALTER EAGLE TAIL MATI TERCEKIK DALAM PERTANDINGAN MAKAN HOT-DOG
Seorang lelaki meninggal dunia dalam satu pertandingan makan hot-dog di Amerika. Walter Eagle Tail, 47 dari Custer, South Dakota, tidak sedarkan diri apabila dia mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 

Beliau kemudiannya disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tempatan walaupun pelbagai usaha menyelamat telah dilakukan oleh paramedik dan polis. 

Sheriff  Daerah Custer, Rick Wheeler memberitahu "Seseorang telah melakukan CPR apabila kami tiba, dia mungkin tercekik. Ia tersekat dalam tekaknya dan mereka tidak dapat mengeluarkannya," kata Rick.

Pertandingan makan hot-dog telah menjadi tradisi di seluruh Amerika semasa sambutan yang dibuat pada 4 Julai setiap tahun. 

Pertandingan 'Nathan’s Hot Dog Eating Contest' telah diadakan di Pulau Coney, New York, setiap 4 Julai sejak  tahun 1972. 

Sehari selepasWalter Eagle Tail meninggal, Joey 'Jaws' Chestnutt telah berjaya memakan 61 hot-dog dalam  masa 10 minit semasa pertandingan di Brooklyn.


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment