expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

11 July, 2014

PAMERAN TANDAS DI JEPUN GAMBARKAN PERJALANAN NAJIS YANG DIPAM


PESERTA KANAK-KANAK DIBERI PELUANG MEMBENTUK NAJIS MEREKA SENDIRI

Jepun yang sememangnya terkenal dengan teknologi tinggi bagi tandas pintar telah menganjurkan satu pameran tandas yang memaparkan tandas luncur gergasi di Tokyo. Ia diadakan khusus bagi menggambarkan bagaimana dan apa yang dipam setiap hari di tandas.

Kanak-kanak yang hadir memakai topi berbentuk najis, begitu teruja meaiki gelongsordan meluncur turun melalui tandas setinggi lima meter (16 kaki), bagi merasai pengalaman perjalanan najis yang dipam di Muzium Sains dan Inovasi Negara

Tujuan pameran itu dianjurkan adalah mendidik pelawat mengenai pembetungan, kesihatan dan pembaziran. Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah nyanyian lagu khas bagi mangkuk tandas.

Selain itu satu tandas yang marah juga digambarkan bertanya dengan kuat apa yang akan berlaku jika semua tandas di dunia enggan menjalankan tugas mereka dan kanak-kanak digalakkan untuk mengucapkan terima kasih selepas mengepam tandas.

Dalam pameran itu, kanak-kanak juga kelihatan berbaris untuk membuat najis mereka sendiri dari plasticine, dan pasangan-pasangan menikmati temujanji  luar biasa dengan mengenakan topi sambil meluncur dalam tandas yang benar-benar menggembirakan mereka.

PELAWAT DAPAT MERASAI PERJALANAN NAJIS YANG DIPAM

No comments:

Post a Comment