expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

13 July, 2014

PENCURI SELUAR DALAM DITANGKAP KERANA LARI GUNA VAN AIS KRIM

LESSA IANNONE BERJAYA DITANGKAP SELEPAS CUBA CABUT DENGAN VAN AIS KRIM

Sepandai-pandai tupai melompat pasti ke tanah juga akhirnya. Demikianlah yang terjadi pada seorang pencuri wanita yang ditangkap apabila dia cuba melarikan diri dengan sebuah van ais krim.

Dalam kejadian tersebut, pencuri yang disyaki berjaya ditangkap setelah seorang pegawai polis mengecam kenderaan yang digunakannya iaitu sebuah van ais krim.

Lessa Iannone, 34, berjaya ditangkap di Rock Hill, South Carolina, selepas didakwa mencuri seluar dalam bernilai $ 13 (RM 41.42) dari sebuah kedai pada Khamis.

Tanpa diduga pencuri berkenaan memilih untuk melarikan diri dengan menggunakan sebuah van ais krim yang memudahkan penangkapannya.

Tindakan itu merupakan kesilapannya yang paling besar kerana salah seorang anggota polis dapat mengecamnya kerana dia mengenali satu van putih yang dipandunya untuk melarikan diri.

Penangkapan wanita itu juga dibuat atas satu lagi kes kecurian berhampiran rumahnya dan dia kini sedang ditahan di bawah bon sebanyak $ 2,000 (RM 6,371.84).

No comments:

Post a Comment