expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

10 July, 2014

PIALA DUNIA: BUNG MOKHTAR CARI PASAL

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mencetuskan kontroversi apabila mengaitkan pasukan Jerman yang membelasah Brazil 7-1 dalam perlawanan separuh akhir bolasepak Piala Dunia 2014 dengan Adolf Hitler.

Bung Mokhtar menulis kenyataan kontroversi itu di akaun Twitternya tidak lama selepas Jerman mengaibkan pasukan tuan rumah itu yang bermain di hadapan puluhan ribu penontonnya sendiri,

Kenyataan itu mendapat reaksi negatif daripada pengguna Twitter yang lain. Bung Mokhtar bagaimanapun menyelar mereka yang mengkritiknya itu.

Kenyataan itu tidak disenangi oleh ramai pengguna Twitter yang merasakan kenyataan itu sebagai mencerminkan tahap pemikiran beliau sendiri.

Beberapa orang pengguna Twitter turut menyebarkan kenyataan Bung Mokhtar itu kepada beberapa akaun Twitter media antarabangsa termasuk BBC, CNN dan AlJazeera. Kenyataan Bung Mokhtar itu dipercayai bukan satu-satunya komen yang mengaitkan perlawanan separuh akhir itu dengan Hitler.

Seorang pembantu kepada menteri kabinet di Nigeria juga membuat kenyataan dengan nada yang sama tetapi kemudian menariknya balik.

Semakan di Twitter menunjukkan beberapa pengguna Twitter di luar Malaysia turut mengecam dan mengeluh tentang sikap beberapa pihak yang mengaitkan kemenangan Jerman itu dengan Hitler dan Nazi.

Bung Mokhtar yang menjadi ahli parlimen sejak 1999 bukan pertama kali mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kontroversi. Beliau sebelum ini pernah dikecam kerana membuat kenyataan kurang sensitif tentang wanita, perkauman dan beberapa hal lain.

No comments:

Post a Comment