expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

07 September, 2014

BERCERAI KERANA TERLALU GHAIRAH SEKS


Sesetengah pasangan mungkin bercerai kerana tiada lagi kenikmatan 'bersama', tetapi bagi sepasang suami isteri, masalah mereka adalah sebaliknya pula. Mereka bercerai kerana keghairahan seks terlampau.

Dalam kes itu, permohonan cerai seorang lelaki Mumbai telah diluluskan selepas dia mengadu bahawa dia tidak mampu lagi melayan keinginan isterinya yang terlampau dan tidak pernah puas melakukan seks.

Dia hadir ke mahkamah keluarga Mumbai pada Januari lepas dan mendakwa bahawa isterinya telah mengganggu dirinya untuk melakukan hubungan seks sejak mereka berkahwin pada tahun 2012.

Lelaki itu juga mendakwa isterinya itu terlalu 'agresif dan autokratik' dalam setiap perlakuan seks dengannya.

Bukan itu sahaja, lelaki itu turut memberitahu mahkamah bahawa isterinya telah memaksa dia mengambil pelbagai ubat-ubatan untuk meningkatkan daya seksual dan turut mengancam untuk mencari lelaki lain jika dia gagal untuk memenuhi keinginannya yang keterlaluan itu.

Suami yang tidak berdaya itu juga mendakwa gejala apendiks yang dihidapinya tahun lalu adalah disebabkan kurang rehat.

"Oleh kerana responden (isteri) tidak hadir di mahkamah, segala keterangan suaminya kekal tanpa bantahan. Oleh itu mahkamah ini tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menerima keterangannya itu," kata Ketua Hakim Laxmi Rao.

No comments:

Post a Comment