expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

21 September, 2014

BILA DOKTOR HAIWAN BERBOGEL UNTUK HIASI KALENDER...BEGINILAH RUPANYA!



Sekumpulan pelajar veterinar telah membuat satu tindakan paling ekstrem dengan berbogel di samping haiwan-haiwan dalam usaha untuk mengumpul wang bagi mengadakan majlis sambutan sempena tamatnya pengajian mereka.

Para pelajar dari James Cook University di Australia ini berharap untuk mendapatkan kutipan dana dari kalendar penuh keghairahan yang menunjukkan mereka mendedahkan seluruh tubuh mereka di beberapa lokasi di ladang.

Imej sensasi ini merupakan inspirasi dan diilhamkan oleh 2 orang doktor haiwan pelatih Angela Davey dan Sylvia Wood.

"Kami memberitahu para pelajar ini berapa banyak kutipan wang yang mampu diperolehi jualan kalender ini dan semua orang menyedari bahawa ia sebenarnya satu usaha mengumpul dana yang serius dan bukan sekadar jenaka," kata Angela Davey

Para pelajar ini berharap kalendar 'doktor haiwan bogel' mereka akan mampu mengumpulkan AUD 40,000 (RM 115480.98), dengan 10 peratus daripada keuntungan itu akan disumbangkan kepada perkhidmatan bomba tempatan.

Kalendar berharga AUD 19.95 (RM 57.60) ini akan diedarkan di pasaran dan penjualannya bermula daripada bulan Oktober ini menerusi laman web.

AKSI PARA DOKTOR HAIWAN BERSAMA MODEL HAIWAN
AKSI INI DILAKUKAN UNTUK MENGUMPUL WANG BAGI MAJLIS TAMAT PENGAJIAN

KALENDER INI AKAN DIPASARKAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA BERMULA OKTOBER

No comments:

Post a Comment