expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

17 September, 2014

BINTANG PORNO JADI PENGHIAS KULIT BUKU TEKS


Sesuaikah seorang bintang porno menjadi model kulit buku ilmiah? Tentunya hal ini amat memalukan kerana sesuatu yang berkaitan pendidikan tidak seharusnya berunsur negatif.

Di Thailand, seorang pegawai pendidikan mendapat malu apabila terpaksa menarik balik ribuan buku teks selepas model 'guru' di kulit buku berkenaan dikenal pasti sebagai bintang porno.

Menurut RocketNews24, buku 'Matematik Asas' tersebut telah dihantar ke 10 universiti di Thailand, dan kesilapan itu hanya dikesan selepas lebih 3,000 naskah telah diedarkan, .

Dalam usaha untuk menggunakan satu imej guru yang sesuai, penerbitnya MuangThaiBook mengakui mereka telah membuat kesilapan dengan menggunakan screenshot dari sebuah filem XXX yang dibintangi oleh bintang porno Jepun, Mana Aoki.

Bintang porno berkenaan merupakan salah seorang pelakon lucah paling top yang berpendapatan tinggi di Jepun dan imej yang digunakan pada kulit buku teks tersebut telah diambil dari sebuah filem lucahnya, 'Costume Play Working Girl'

"Kami akan menarik balik buku teks ini dari setiap kolej yang membelinya dan kami akan menghantar buku-buku teks dengan kulit muka yang baru kepada mereka," kataseorang pegawai yang nyata amat malu dengan kejadian itu.
PENERBIT MENGGUNAKAN IMEJ SEDIA ADA DENGAN TIDAK BERHATI-HATI
INILAH SALAH SATU AKSI YANG LEBIH SINONIM DENGAN MANA AOKI 

No comments:

Post a Comment