expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

17 September, 2014

TRANSFORMASI DIRI MENJADI ANAK PATUNG SEKS



Cuba anda lihat gambar-gambar wanita ini. Adakah anda rasakan sesuatu yang pelik? Itu lah imej terbaru seorang wanita yang sanggup berbelanja besar semata-mata untuk kelihatan seperti anak patung seks.

Victoria Wild, 30, telah menjalani pembedahan plastik untuk memberikan dirinya satu transformasi ekstrem iaitu buah dada yang besar ,bibir yang tebal dan dan bulu mata tebal serta panjang agar dia kelihatan seperti patung mainan seks.

Pembedahan yang dijalaninya termasuklah 3 pusingan pembedahan payudara ke saiz 32G dengan kos £ 25,000 (RM 130,845), rhinoplasty - pembentukan hidung bernilai £ 3,000 (RM 15,701), implan pinggul, implan kekal pada bibir serta botox  dengan kos £ 2,000 (RM 10,467)

Vicroria dari Cannes, Perancis, telah membiayai kesemua pembedahannya ini daripada hasil pelbagai tugasan peragaan dan juga dengan bantuan dari teman lelakinya Simon.

Dia berkata: "Siapa yang tidak mahu dilayan seperti anak patung bimbo? Ia kelihatan sangat seksi. Orang merenung saya kerana penampilah saya kini begitu menyerlah dan saya sangat sukakannya,"

Wild berkata obsesinya untuk kelihatan seperti anak patung getah bermula ketika remaja apabila beliau melawat Latvia di Eropah. Dia merasa kurang keyakinan diri hanya kerana dia mempunyai payudara yang kecil, dan orang ramai memanggilnya sebagai 'Barbie' kerana dia sangat kurus dan berambut perang.

Dia berkata: "Simon suka saya kelihatan seperti anak patung seks. Saya benar-benar membuat kejutan kini. Orang melihat saya di jalanan dan benar-benar memuja saya. Simon begitu berbangga dengan perhatian yang diberikan oleh orang ramai terhadap saya,"

"Saya juga mendapat lebih banyak kerja modeling kerana rupa saya. Saya suka menjadi terkenal dengan imej anak patung seks ini," katanya lagi. Dia juga memberitahu bahawa dia tidak pernah merasa sebahagia atau lebih yakin seperti sekarang.

Apa pula pendapat anda? Adakah anda rasa imej Victoria itu sangat cantik menawan seperti yang dirasainya? Entah la bahagian mana yang dirasakan cantik. Mungkin benarlah kata orang kecantikan itu sangat subjektif.

VICTORIA KINI MENDAPAT BANYAK TAWARAN MODELING
DIA AMAT BANGGA DENGAN PENAMPILANNYA SEKARANG
DIA SUKAKAN SEGALA PERHATIAN YANG DIBERIKAN PADANYA
DIA BERBELANJA BESAR UNTUK MEMBESARKAN PAYUDARA KE SAIZ SEKARANG
INILAH WAJAH VICTORIA SEBELUM TRANSFORMASI YANG DILAKUKANNYA
PENAMPILAN VICTORIA SEBELUM PEMBEDAHAN PLASTIK YANG TINGGI KOSNYA


No comments:

Post a Comment