expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

12 September, 2014

CUBA LIHAT SIAPA PENGHUNI KAMPUNG INI



Biasanya orang-orang digunakan di sawah-sawah untuk para petani menakutkan dan menghalau burung-burung yang datang untuk makan padi. Namun, pernahkah anda mendengar tentang perkampungan bagi orang-orang?

Perkampungan orang-orang ini bukanlah khayalan tetapi ia adalah perkampungan sebenar yang benar-benar wujud di Jepun.

Dikenali sebagai kampung orang-orang, perkampungan yang terletak di Okuharima, daerah Seki di Yasutomi, Himeji ini berjaya menarik pengunjung dengan pelbagai watak orang-orang yang lucu dalam pakaian kerja dan topi jerami yang benar-benar kelihatan seperti karektor manusia.

Masato Okaue, 61, yang dilahirkan di Seki mula mencipta dan menyiapkan oarang-orang pada tahun 2010 dengan bantuan penduduk untuk mempromosikan kampung halamannya.

Tujuannya adalah untuk menarik pengunjung selepas penghijrahan besar-besaran golongan muda ke bandar-bandar untuk mencari pekerjaan dan meninggalkan majoriti penduduk kampung yang berumur 65 tahun ke atas.

Konsep bagi idea ini lebih kurang sama seperti homestay di kampung-kampung, cuma bezanya perkampungan unik ini didiami oleh orang-orang dalam pelbagai aksi melakukan aktiviti harian di kampung.

Lebih 100 orang-orang berdiri di tanah ladang dan rumah terbiar untuk menggambarkan keindahan kawasan luar bandar di Jepun.

ORANG-ORANG YANG DILETAKKAN DALAM PELBAGAI AKSI DI KAMPUNG INI
SETIAP SUDUT KAMPUNG INI DIHUNI OLEH ORANG-OARANG DALAM GAYA BERSAHAJA
ORANG-ORANG INI TURUT DILETAKKAN DENGAN AKSI MELAKUKAN KERJA-KERJA HARIAN
GAYA SANTAI OARANG-ORANG DI RUMAH KAMPUNG INI





No comments:

Post a Comment