expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

12 September, 2014

CUNGKIL MATA ANAK DALAM UPACARA PEMUJAAN SYAITAN


 MARIA DEL CARMEN GARCIA RIOS DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA 30 TAHUN
Sebuah keluarga dipenjara kerana mencungkil mata seorang kanak-kanak berusia 5 tahun dengan sudu ketika melakukan pemujaan syaitan.

Dalam kejadian itu, Fernando Caleb Alvarado Rios diarah menutup mata oleh ibunya di depan datuk, nenek serta ibu dan bapa saudaranya sambil mereka menari mengelilinginya dan memuja syaitan.

Tetapi apabila Rios terlalu takut untuk melakukan apa yang disuruhnya, ibunya, Maria del Carmen Garcia mengambil sudu dan mencungkil mata kanak-kanak itu bersama-sama anggota keluarganya yang lain.

Mereka ditangkap apabila jiran yang mendengar bacaan mantera yang kuat dari rumah keluarga itu dan melihat kanak-kanak itu menjerit kesakitan.

Semalam, dua tahun selepas kejadian pada Mei 2012 itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun ke atas setiap tertuduh.

Seorang saksi berkata: “Kami mendengar jeritan dan mengetuk pintu rumah itu. Tetapi tidak seorang pun membukanya. Kami memanggil polis yang kemudian memecahkan pintu rumah itu,"

Anggota polis, Benet Curiel memberitahu mahkamah, mereka menyaksikan 5 orang dewasa berpakaian seperti syaitan mengerumuni kanak-kanak itu di dapur. Dua wanita terbabit berlumuran darah.

Polis terpaksa mengacu pistol untuk memaksa kumpulan itu melepaskan kanak-kanak berkenaan sebelum memanggil ambulans.

"Salah seorang daripada mereka memberitahu kanak-kanak itu adalah anaknya dan mengaku telah bertindak mencungkil mata mangsa,” kata Curiel lagi.

MANGSA BERSAMA GABENOR DAERAH MEXICO KINI DALAM JAGAAN
MANGSA SEMAKIN PULIH WALAUPUN KINI TERPAKSA MEMAKAI CERMIN HITAM

No comments:

Post a Comment