expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

05 September, 2014

GADIS KAHWINI ANJING JALANAN



Seorang gadis telah berkahwin dengan seekor anjing jalanan  dalam satu upacara yang dilakukan untuk memuaskan hati keluarganya. 

Keluarga gadis berkenaan percaya bahawa dengan berbuat demikian dia akan membebaskan dirinya dari sumpahan yang berada bersamanya. 

Dalam majlis gila itu, Mangli Munda, 18 terpaksa mengahwini seekor anjing jalanan yang ditemui bapanya kerana penduduk kampungnya di Jharkhand, India mendakwa bahawa tindakan ini akan memindahkan segala sumpahan yang ada padanya kepada anjing berkenaan. 

Dia berkata, "Saya tidak gembira dengan perkahwinan ini,"

'Suami' nya, iaitu anjing yang dipanggil Shenu itu, diarak ke situ dengan sebuah kereta yang dipandu seseorang walaupun ia mungkin tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. 

Upacara ini adalah sebahagian daripada ritual di kampung itu di mana seorang gadis berkahwin dengan anjing, dan kemudiannya apabila dia mengahwini seorang lelaki, perkahwinan itu akan diberkati dan meraka akan dipanjangkan usia. 

Ibu Mangli berkata, "Kami perlu membelanjakan wang ke atas perkahwinan ini. Itu adalah satu-satunya cara kami boleh menghilangkan nasib malangnya dan memastikan kebajikan kampung,"

Segalanya dilakukan mengikut cara yang sepatutnya dalam perkahwinan Hindu, di mana Shenu didudukkan di sisi pengantin baru di seluruh, walaupun ia tidak sah dari segi undang-undang yang kelak membolehkan Mangli mendapat pasangan baru.

SHENU DIHIAS SAMA SEPERTI PENGANTIN LAIN
'PENGANTIN LELAKI' YANG NYATA KELETIHAN SELEPAS SELESAI UPACARA
MANGLI MUNDA BERHARAP UNTUK MENEMUI LELAKI SEJATI SELEPAS TAMAT SUMPAHANNYA


No comments:

Post a Comment