expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

26 September, 2014

GAUN PENGANTIN TERPANJANG DI DUNIA


Setiap wanita mengimpikan pakaian pengantin yang cantik, menarik dan paling anggun agar kelihatan sangat menawan di hari bahagia mereka.

Bagi yang gemarkan gaun pengantin, pastinya mahukan gaun dengan leretan panjang yang diheret bagi menggambarkan keistimewaan pengantin. Tetapi sepanjang mana leretan gaun yang diimpikan pengantin? Pernahkah mereka impikan leretan gaun pengantin yang terpanjang di dunia?

Bagi seorang bakal pengantin dari Chengdu di barat daya China, dia bakal menjadi pengantin perempuan dengan leretan gaun terpanjang di dunia. Bakal pengantin itu, Jing Mei  dan pasangannya memecah rekod dunia dengan idea perkahwinan mereka itu.

Ia bermula sebagai satu idea yang gila dan kemudiannya mereka mula berfikir bahawa ia sebenarnya boleh menjadi satu kenyataan.

"Kami kedua-duanya gembira dengan keputusan ini dan kami pasti akan menghubungi Guinness World Records agar mereka bersetuju bahawa gaun ini telah secara rasmi memecah rekod dunia," kata Jing.

Leretan gaun sepanjang 3 batu itu mempunyai berat 50kg akan memerlukan 40 pengapit  membawanya berarak pada hari istimewa mereka.

Bakal suami Jing yang bernama Yuan pula mendedahkan bahawa kos pakaian pasangan tersebut adalah RM 21275.25 iaitu kira-kira gaji setahun bagi kebanyakan pekerja Cina.

 "Ia akan menjadi hari yang paling istimewa untuk Jing, jadi apa sahaja permintaannya pasti ditunaikan," kata Yuan.

BANTUAN KHAS DIPERLUKAN AGAR GAUN INI TIDAK TERSANGKUT PADA POKOK
PANDANGAN KESELURUHAN LERETAN GAUN PENGANTIN JING 

No comments:

Post a Comment